KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Dec 15, 2007

SAMY BARU NAK SIBUK PASAL BANTU INDIA

MIC: Berikan pinjaman Tekun kepada kaum India


KUALA LUMPUR: MIC, yang mahu lebih ramai kaum India terlibat dalam perniagaan, mencadangkan kerajaan memberi bantuan kewangan khas seperti Skim Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (Tekun) kepada kaum berkenaan.

Naib Presiden MIC Datuk S. Veerasingam berkata bantuan kewangan itu penting dalam menggalakkan kaum India memulakan perniagaan.

"Dalam usaha membasmi kemiskinan dan menaikkan taraf hidup kaum India di Malaysia, kami mahu melihat lebih ramai kaum itu terlibat dalam perniagaan," kata Veerasingam ketika diminta mengulas mengenai usaha terkini MIC dalam meningkatkan kedudukan sosioekonomi kaum India.

"Kami mahu melihat mereka menjalankan perniagaan sendiri, dan apapun masalah, kami akan membantu mereka. Jika mereka mahu memulakan perniagaan tetapi gagal mendapatkan pinjaman bank, kami akan berusaha mencari jalan penyelesaian untuk mereka," katanya.

Veerasingam yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, berkata MIC sudah mengemukakan cadangan mengenai bantuan kewangan kepada kerajaan Jun lepas.

"Kami mencadangkan kerajaan menyediakan bantuan kewangan seperti Tekun untuk membantu kaum India memulakan perniagaan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Konvensyen Antarabangsa Penduduk Asal Global (GOPIO) kesembilan, di sini hari ini.

Ditanya mengenai kemajuan cadangan itu, beliau berkata: "Saya difahamkan Perdana Menteri (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) sedang mengkajinya, dan memang kami mengharapkan kerajaan membuat keputusan yang mememihak kepada kami tidak lama lagi."

Konvensyen itu yang dianjurkan bersama oleh GOPIO, Dewan Perniagaan dan Industri India Malaysia dan Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia.

Konvensyen itu meliputi tiga persidangan utama yang memberi tumpuan kepada isu-isu ekonomi, perniagaan dan sosiekonomi.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive