KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Dec 15, 2007

TIBA TIBA SEMUA JADI BERANI

Ingatkan ada harapan, rupanya rakyat bakal kecewa. Pelbagai pihak meragui individu yang dilantik di dalam Suruhanjaya Siasatan Diraja yang ditugaskan menyiasat kes penetapan ketua hakim negara (Video VK LINGAM).

Pertimbangkan Kembali Perlantikan Suruhanjaya Diraja untuk Menyiasat Klip Video

Kuala Lumpur, 13 Disember – Parti Keadilan Rakyat menyeru Perdana Menteri untuk mempertimbangkan kembali perlantikan Tan Sri Haidar Mohamed Noor, Datuk Mahadev Shankar dan Tan Sri Amar Steve Shim Lip Kiong, sebagai anggota Suruhanjaya Diraja untuk Menyiasat Klip Video, seterusnya memikirkan kembali bidang kuasa Suruhanjaya ini yang kini terlalu terhad.

Begitulah mesej yang disampaikan William Leong, Bendahari Agung PKR, dalam kenyataan medianya yang diperoleh SuaraKeadilan.com hari ini.

dan

"Pembabitan Haidar dan Steve Shim timbulkan persoalan"

Oleh Anwar Ibrahim

SETELAH saya mendedahkan klip video Lingam kepada orang ramai kira-kira tiga bulan yang lalu, kerajaan kini telah mengumumkan keangg...

Pada awalnya semua yang terlibat tidak berkata barang sepatah. Kini dua individu penting di dalam rakaman video tersebut, tiba tiba jadi berani



Lingam: I'll cooperate with royal commission (Malaysiakini)

Prominent lawyer VK Lingam today broke his two-month silence on his alleged role in the appointment of ‘friendly’ judges to the higher courts.

He said he would cooperate with the royal commission to be set up by the government to look into the ‘Lingam tape’ scandal, named for his alleged involvement in a telephone conversation recorded in 2002.

“I will surely cooperate with the royal commission. And as such, it would be inappropriate for me to comment further on the matter now,” he told Malaysiakini today when contacted this afternoon.

He sounded calm and collected when asked about his alleged involvement which was caught on camera.
dan kemudian ....


"Saya sanggup jadi saksi Suruhanjaya Diraja" Tengku Adnan
PUTRAJAYA: Menteri Pelancongan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, antara individu yang disebut dalam klip video ‘Lingam’, sedia memberi keterangan kepada Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kesahihan video didakwa perbualan telefon seorang peguam dengan hakim kanan mengenai pelantikan hakim di negara ini.
Adakah kerana mereka cukup selesa dengan individu Suruhanjaya yang terlantik itu? Nampaknya kita bakal kecewa lagi.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive