UMNO MAKAN CILI DIA TERASA PEDAS
Gara gara lagu digunakan untuk klip kritik kerajaan di dalam YOU TUBE, Sohaimi Meor Hassan terpaksa berdepan dengan masalah dipersoalkan oleh pihak tertentu. Lagu ciptaan beliau itu berkisar tentang demokrasi yang menjadi amalan negara lain dan juga negara kita. Apabila penyelewengan di dalam demokrasi berlaku, maka lagu itu secocok untuk dibuat latar belakang klip video memaparkan masalah bantahan dan kesulitan rakyat. Apa yang terkandung di dalam di dalam lagu tersebut, sedikit sebanyak menceritakan tentang DEMOKRASI dinegara Malaysia juga.
Wak pernah mendengarnya di TV beberapa bulan yang lepas. RTM menggunakan lagu tersebut untuk menceritakan tentang keadaan di negara luar dan mengikut senikata lagu tersebut, wak pernah mempersoalkan, betapa berani nya RTM menyiarkan lagu tersebut sebelum atau sesudah BERITA DUNIA dan sekarang ia menjadi kontroversi. Sebenarnya, jika UMNO dan BN benar benar mengikut pengertian demokrasi yang sebenar, ia tidak lah menjadi isu, melainkan mereka telah mengeleweng dari prosidur yang sepatutnya sehinggakan, UMNO yang makan cili, dia sekarang terasa pedas.
Rujuk berita berikut,
HARIAN METRO 22/12
KUALA LUMPUR: “Saya tidak bersekongkol dengan mereka,” kata penyanyi terkenal 80-an, Sohaimi Meor Hassan, 50, berhubung lagu barunya, Ini Bukan Demokrasi Kita, digunakan sebagai lagu latar video klip yang memaparkan demonstrasi pembangkang menentang kerajaan.
Sekian lama tidak menghasilkan album, kemunculan penyanyi terkenal 80-an itu bersama album terbarunya, Satu Hari Nanti, menjadi sasaran pesalah guna Internet, apabila satu lagu hasil ciptaannya dalam album itu disalahgunakan.
Video klip hampir empat minit itu, mula disebarkan secara berleluasa menerusi laman web popular ‘youtube.com’ dan hanya disedarinya pada 18 Disember lalu, selepas dimaklumkan seorang peminatnya dari Sarawak.
“Saya terkejut selepas menonton video klip itu yang tidak hanya memaparkan lagu saya (Ini Bukan Demokrasi Kita) bahkan berserta nama, judul lagu dan juga tajuk album, Satu Hari Nanti. |more...|
Berikut adalah video klip tersebut,
Berikut pula adalah video klip yang diputarkan ketika Berita Dunia di RTM. Sekarang, sudah tiada lagi !!!
KLIK : YOUTUBE
BETUL LA TU.
4 hours ago
0 comments:
Post a Comment