Begini lah agaknya suasana bila RAKYAT dikorbankan oleh Pemimpin. Ketawa riang, berlawak jenaka, melihat korban dilakukan. Bagaikan satu pesta dan bukan 'Qurban' itu dianggap sebagai ibadah. Gambar ini dirakam sebelum wartawan bertanya tentang kedudukan Sekolah AGama rakyat kepada Hisamuddin (Menteri Sotong dalam Negara).
Gagal ikut syarat, maka kerajaan negeri Kelantan tidak mahu menyerahkan sekolah agama rakyat kepada kerajaan pusat dengan mudah. Menurut Menteri Pelajaran, kokurikulum SAR negara mendapat kepujian dunia. Siapa yang iktirafkan ianya terbaik, menjadi persoalan? Kalau setakat di puji oleh negara yang mahu Islam terkubur sudah pasti ia berupa pujian yang bawa kehancuran. Sebagai bukti saksikan sendiri kemajuan SAR di negeri lain. LESU dan Tidak BERMUTU. Dari korbankan nasib pelajar, lebih baik korban kan masa depan pemimpin. Berikut adalah berita yang disiarkan,
Sengaja cari helah enggan serah 68 SAR kepada kementerian - Berita Harian
PASIR PUTEH: Kementerian Pelajaran tidak akan melayan syarat yang terlalu ketat mengenai cadangan penyerahan 68 Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang dikemukakan Kerajaan Pas Kelantan.
Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata syarat yang dikemukakan itu antara lain kementeriannya hanya memberi peruntukan yang diperlukan, sedangkan Kerajaan Kelantan terus berkuasa penuh ke atas sekolah terbabit.
"Pada akhirnya (Kementerian Pelajaran) balik seperti sekarang (tiada perubahan), jadi seolah-olah bodohlah kita," katanya selepas menghadiri majlis Aidiladha di kediaman Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Semerak, Datuk Kamaruddin Mohd Noor, di sini semalam.
Katanya, jika kementeriannya menerima syarat ditetapkan kerajaan negeri itu, ia tidak dapat diselaraskan dengan kurikulum yang diterima pakai dengan baik di negeri lain sebelum ini.
Beliau berkata, tindakan Kerajaan Kelantan itu akan hanya menggadai masa depan pelajar untuk kepentingan politik sedangkan kementerian tidak mempunyai agenda tersembunyi selain memartabatkan sekolah agama.
Hishammuddin berkata, kurikulum yang diguna pakai di sekolah agama seluruh negara diakui terbaik bukan saja di negara ini, malah diiktiraf pada peringkat antarabangsa.
Rujuk Berita korban politik yang diamalkan oleh UMNO untuk PRU12 .... Semuga ianya tidak lah menjadi Korban yang sia sia selain diberikan Pahala kepada mereka yang terlibat. Niat biar suci beb. Jangan kerana PRUke 12 maka korban di lakukan. Bila tiada PRU, tiada lah korban. Soalan lagi....duit sapa tu?
Pemuda korban 160 ekor lembu
MACHANG 22 Dis. – Pergerakan Pemuda UMNO mengorbankan 160 ekor lembu sempena Program Korban Perdana anjurannya di Sekolah Kebangsaan (SK) Machang 2 dekat sini, hari ini.
0 comments:
Post a Comment