KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Dec 23, 2007

Merungkai hukum berdemonstrasi



Pelbagai ulamak dan para bijak pandai, menyatakan pendirian masing masing di dalam BERDEMONSTRASI. Hujah dinyatakan berserta dengan dalil. Sebagai rakyat dan umat Islam, kita sehinggakan tidak tahu sejauh mana kebenaran masing masing di dalam pendapat mereka kerana dalil dan Al Quran digunakan. Hakikatnya, ada antara mereka yang tidak tahu keseluruhan keadaan selain dari melahirkan pendapat masing masing menerusi idea dan perasaan masing-masing.

Sebagai contoh, kita lihatkan surat yang dihantar oleh pembaca Tranungkite yang mungkin keliru dengan putar belit fakta melalui video klip soal jawab tentang isu tersebut.

Hukum Demonstrasi (KLIK)
"Video klip ini saya dapati dari email sahabat saya yang menunjukkan satu temu ramah seorang ustaz dari Singapura yang membincangkan "Hukum Berdemonstrasi" dari sudut atau pandangan Islam. Saya amat keliru dengan hujah-hujah ustaz tersebut yang mempertikai lalu memberikan contoh-contoh hadis yang menurut beliau soheh yang mana menafikan terus amalan demontrasi..

Disini saya sertakan link tersebut agar dapat dilihat oleh semua saudara sekalian.Saya mengharap ada sebarang komen mengenai video temuramah ini.Secara jujur saya amat sangsi dengan hujah-hujah ustaz dari Singapura ini. Video yang dimaksudkan adalah kenyataan yang dibuat oleh Ustaz Rasul Dahri, rujuk video: KLIK

kepada persoalan tersebut, mari kita lihat jawapan dari artikel berikut,

ADAKAH ISLAM MEMANDANG DEMONSTRASI SEBAGAI MAKSIAT?

Petikannya adalah,

Didalam ulasan beliau, banyak mengaitkan demonstrasi dengan tindakan golongan Khawarij yang telah melakukan pemberontakan terhadap khalifah ketika itu. Dengan alasan yang demikian, beliau mengistinbatkan bahawa demonstrasi adalah sesuatu yang maksiat kerana melawan kerajaan ketika itu.

Melihat kepada perbahasan ini, saya sebagai seorang yang tidaklah mempunyai ilmu yang banyak, tetapi, walaubagaimanapun, penilaian yang dapat saya lakukan adalah, tafsiran dan pendedahan yang dilakukan oleh Ustaz Rasul Dahri itu menggambarkan bahawa dia tidak berpegang kaedah ;
الحكم على شئ فرع عن تصوره
Maksudnya;
“Hukum atas sesuatu adalah furuk (cawangan) dari gambarannya”

Ustaz Rasul Dahri meletakan sesuatu hukum, tanpa melihat kepada keadaan sesuatu benda yang hendak dihukumkan. Ekoran dari itu, hukum yang dijatuhkan itu menjadi ‘berat sebelah’ dan bersikap zalim.

Bertambah zalim lagi, buku ‘Demonstrasi adalah maksiat bukan jihad’ karangan beliau disebarkan di Malaysia. Ini kerana, suasana dan bentuk demonstrasi yang diadakan di zaman Khawarij dan di Malaysia adalah dua bentuk dan maqasid yang berbeza. Untuk selanjutnya, sila KLIK: ADAKAH ISLAM MEMANDANG DEMONSTRASI SEBAGAI MAKSIAT?

No2umnO - Video dan buku 'Demonstrasi adalah maksiat bukan jihad' bertaburan di negara ini kerana ada pihak yang tidak senang dengan fenomena demonstrasi yag berlaku sekarang. Apa yang kerajaan mahu adalah, biar rakyat dipukul atau dihukum, rakyat WAJIB tunduk kepada kerajaan Islam. Namun KEISLAMAN kerajaan Malaysia tidak SAH lagi dan sehingga sekarang kelayakan untuk bergelar kerajaan Islam masih lagi dipertikaikan.

Kalau hendak disama kan antara kerajaan Malaysia dan kerajaan Umar Al Khatab atau kepimpinan khalifah dahulu, seperti langit dan bumi. Maka perdebatan dan pendapat Ustaz Rasul Dahri adalah terlalu longgar untuk dipatuhi.

Di dalam klip video ke 4 ada menyebut bahawa DEMONSTRASI dan DEMOKRASI adalah HARAM. Tetapi menurut beliau DEMOKRASI dibenarkan sekiranya TERPAKSA kerana seluruh dunia mengamalkan sistem yang sama. Begitu juga dengan Riba dan sebagainya. Malangnya pendapat ini tidak disamakan dengan BERDEMONSTRASI yang diadakan kerana pemerintah tidak mendengar pendapat rakyat. Nyata pendapat Ustaz tersebut, berat sebelah dan tidak kukuh untuk dijadikan sandaran.

Disamping itu juga, beliau menyatakan bahawa Pak Lah dan kerajaannya adalah kerajaan yang sah dari undian yang sah. Ini tidak benar jika beliau tidak memahami keadaan politik negara yang melibatkan penipuan di dalam pilihanraya yang kerap berlaku.

Wak malas untuk mempersoalkan secara menyeluruh kerana pada peringkat awal pun sudah ada kemushkilan. Mendengar akan sessi soal jawab tersebut, bagaikan, ianya dihadiri oleh hanya beberapa orang. Soalan yang diberikan cuma datangnya dari 2 suara yang berbeza. Tiada lain selain dua orang tersebut. Tiada berlaku perdebatan selain dari memberikan laluan mudah untuk Ustaz Rasul Dahri menyatakan apa yang benar padanya. Lebih kepada soal dan jawaban nya dipersetujui tanpa ada soalan lanjutan.

Alangkah baik, kalau ada sebelah pihak lain yang berdebat tentang isu ini, mungkin Mufti Perak atau Tuan Guru Nik Aziz. namun tidak mustahil kerana perdebatan sebegini sekiranya berlaku, akan timbul pula isu, ketidak sefahaman di dalam Islam yang bakal merosakkan Islam itu sendiri. Hilang kepercayaan dan kredibiliti Ustaz pula akan tercemar.

Berani dinyatakan disini bahawa, agenda soal jawab agama itu (rujuk video klip) diadakan oleh pihak yang pro kerajaan bertujuan untuk menentang usaha demonstrasi aman yang dilakukan oleh rakyat Malaysia.

Yang mengelirukan adalah, kenapa individu dari luar dijemput untuk menjawab semua soalan, dimana, beliau tidak tahu keadaan sebenar politik Malaysia. Kenapa beliau tidak jaga tepi kain sendiri? Kenapa beliau menetap di Malaysia sedangkan beliau adalah rakyat Singapura? Teka teki.

Berikut adalah sedikit biodata Ustaz Rasul Dahri yang dilahirkan di Singapura pada 27hb Mei 1953. Beliau merupakan warganegara Singapura walaupun buat masakini beliau menetap di Johor Bahru, Malaysia bersama keluarga. Beliau adalah seorang pendakwah bebas.

Ustaz Rasul Dahri mendapat pendidikan seperti berikut :-

1973 - Menengah 3 di Madrasah Al-Junied, Singapura;
1974 - Menengah 4 di Madrasah Masyhur, Pulau Pinang
1983 - BA Syariah & Usulludin, Ummul Qura, Saudi Arabia

Selain berdakwah, beliau juga banyak menulis buku-buku agama yang menyentuh masalah aqidah ahli Sunnah wal Jamaah yang berlandaskan kepada al-Qur'an dan al-hadis. Selain dari buku-buku, kuliah-kuliah dan forum beliau juga ada dirakamkan ke VCD dan kaset. Buku-buku dan VCD beliau boleh didapati di tokoh-tokoh buku di Singapura dan juga di Semenanjung Malaysia.
Dan tanya diri anda, Mahu pergi ke KONSERT SURE HEBOH atau BERDEMONSTRASI BERSAMA KHAIRY atau BERDEMO UNTUK KEPINCANGAN SPR? PILIH LA......

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive