KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Dec 29, 2007

KeADILan Kesal Kerajaan Sambung Khidmat Rashid

http://www.amnesty.nl/afbeeldingen/resultaten/res_tianchua.jpg

KeADILan

Kuala Lumpur, 28 Disember - Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua hari ini membidas tindakan kerajaan Umno-BN yang mengambil keputusan untuk menyambung perkhidmatan Abdul Rashid Abdul Rahman sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

Abdul Rashid sepatutnya bersara wajib pada 31 Disember apabila umurnya mencapai 65 tahun dan pada 12 Disember, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2007 bagi melanjutkan umur persaraan anggota SPR dari 65 ke 66 tahun.

Kenyataan Abdul Rashid dalam akhbar The Star hari ini mengesahkan bahawa perkhidmatan beliau disambung untuk tempoh setahun lagi.

Menurut Tian, tindakan tergesa-gesa Abdul Rashid umumkan penyambungan perkhidmatan sebagai Pengerusi SPR menambah keraguan rakyat.

“Jelasnya kerajaan BN mempercepatkan prosedur untuk hanya kepentingan seorang pegawai kerajaan,” kesal Tian.

Tian menambah, kenyataan Abdul Rashid juga membuktikan pindaan perlembagaan tersebut memang bertujuan mengekalkan Abdul Rashid dalam SPR agar penyelewengan dan penipuan pilihanraya diteruskan.

“Reformasi sistem pilihanraya tidak akan berjaya selagi Abdul Rashid kekal sebagai pengerusi.

“Kes Likas di Sabah dan Lunas di Kedah adalah bukti-bukti kukuh yang menunjukkan Abdul Rashid gagal sama sekali dalam menjaminkan sistem pilihanraya yang adil dan telus,” tegas Tian.

Baru-baru ini, seramai 8436 pengundi baru dimasukkan ke dalam kawasan Parlimen Ipoh Timur dan manakala kes 17 pengundi didapati berkongsi satu alamat yang sama di Sekinjang pula menjelaskan senarai pengundi masih tidak bersih sehingga hari ini.

KeADIlan, menurut Tian tetap mendesak agar Abdul Rashid dihentikan jawatan atas kegagalan beliau memastikan satu sistem pilihanraya yang adil, dan bukan mendakwa yang dia kekal sebagai pengerusi SPR sewenang-wenangnya.

Kenyataan ini telah dibuat sebaik sahaja Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2007 yang membolehkan umur persaraan anggota SPR diluluskan di Dewan Negara pada 24 Disember.

Jelas Tian,”Kami difahamkan Yang Di Pertuan Agong baru sahaja menandatangani pindaan tersebut pada 26 Disember.”

Menurut Perkara 114 (1), Pengerusi dan anggota SPR dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong setelah berunding dengan Majlis Raja-raja.

Seseorang itu sah menjadi Pengerusi SPR hanya setelah diumumkan secara rasmi perlantikannya oleh Agong. Dengan pindaan Perlembagaan kini, Rashid disambungkan secara automatik.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive