KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Dec 29, 2007

Yuran Hapus, Bayaran Kena!

http://abimuslih.files.wordpress.com/2007/06/budak-sekolah.jpg

dipetik: cetusan-hati.blogspot.com

Bayar tetap bayar, walaupun PM telah mengumumkan yuran persekolahan rendah dan menengah akan dihapuskan bermula 2008.

PM tak tipu, tetapi bila sekolah memberitahu pelbagai bayaran tetap dikenakan bila anak masing-masing mendaftar semula awal 2008 nanti, setengah rakyat rasa semacam tertipu. Sekolah beritahu, yuran hapus, bayaran sumbangan kekal. Ada setengah kes, dinaikkan.

Berita Bernama hari ini memetik Menteri Pelajaran mengesahkan pelbagai bayaran di awal penggal persekolahan 2008 akan tetap dikenakan.

"Hishammuddin said the fees abolished included the annual RM4.50 and RM9 fees for primary and secondary students respectively, ...."

RM 4.50 - sekolah rendah dan RM 9.00 untuk sekolah menengah - itu saja yang hapus - kata Hishamuddin.

Rasa segar dengan Budget Pak Lah 2008 bertukar pudar.

Kenapa Menteri Pelajaran tak jelas awal-awal lagi? Cakaplah awal sikit, hapus empat ringgit lebih saja. Empat puluh lebih kena bayar macam biasa.

Taklah ibu bapa rasa dipermain saja.

Rujuk: Ucapan YAB Perdana Menteri - Bajet 2008
Dengan itu, yang tinggal hanya yuran tahunan sekolah rendah dan menengah. Saya juga sukacita mengumumkan, mulai tahun 2008, yuran sekolah ini turut dimansuhkan. Saya juga ingin mengumumkan bahawa bermula sesi persekolahan tahun hadapan, ...

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive