KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Dec 29, 2007

PAC MENYERANG LAGI

PAC Mahu Penjelasan Tentang Pembinaan Lebuhraya EDL
Bernama

JOHOR BAHARU, 29 Dis (Bernama) -- Jawatankuasa Kira-Kira Awam Negara (PAC) akan meminta penjelasan daripada kerajaan negeri Johor, Malaysian Resources Corp Berhad (MRCB) dan Tebrau Teguh Bhd berhubung usaha pemindahan penduduk yang bakal terjejas akibat pembinaan Lebuhraya Eastern Dispersal Link (EDL) yang bernilai RM977 juta tahun depan.

Pengerusi PAC Datuk Shahrir Abdul Samad berkata pembinaan Lebuhraya EDL sejauh 8.1km itu yang menghubungkan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK) Bukit Chagar dengan Lebuhraya Utara Selatan bakal mengakibatkan pemindahan 2,600 keluarga dari tujuh buah kampung di Johor Baharu.

"Syarikat-syarikat yang terlibat di dalam pembinaan Lebuhraya EDL itu seolah-olah tidak menghiraukan tentang tanggungjawab sosial mereka terhadap masyarakat terlibat.

"Disebabkan pembinaan lebuh raya, ada kampung-kampung yang akan terbahagi kepada dua bahagian, memecahkan keluarga dan hubungan masyarakat," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahkan kad keahlian anggota Umno bahagian Johor Baharu di sini, hari ini.

Beliau yang juga anggota Parlimen Johor Baharu dan Majlis Tertinggi Umno berkata, syarikat MRCB, sebagai pemaju projek pembinaan Lebuhraya EDL itu serta merupakan sebuah syarikat berkepentingan kerajaan, sepatutnya menyambut usaha kerajaan yang mahukan syarikat-syarikat di negara ini mementingkan tanggungjawab sosial mereka kepada masyarakat.

"Janganlah buat tidak kisah tentang kesan dan impak projek tersebut kepada alam sekitar dan masyarakat," kata Shahrir dan menambah, MRCB, Tebrau Teguh dan kerajaan negeri Johor akan diberikan satu tarikh pada tahun depan untuk memberikan penerangan kepada PAC.

Syarikat Tebrau Teguh merupakan anak syarikat Kumpulan Prasarana Rakyat Johor yang memiliki tanah untuk pembangunan EDL.

Menurut Shahrir, tujuan PAC meminta penjelasan ketiga-tiga pihak terbabit adalah untuk memastikan penyelesaian yang adil kepada penduduk kampung terlibat.

Sehingga hari ini katanya, pihak kerajaan negeri mahupun MRCB atau Tebrau Teguh tidak pernah mengadakan majlis penerangan kepada penduduk-penduduk yang terlibat dengan pembinaan lebuh raya tersebut.

Menurut beberapa laporan akhbar baru-baru ini, syarikat MRCB dijangka memulakan projek pembinaan Lebuhraya EDL pada suku pertama tahun depan dan pembinaannya dijangka mengambil masa empat tahun.

Syarikat pemaju sesebuah projek kata Shahrir, perlu lebih maju dalam pemikiran mereka dengan bertindak memastikan masyarakat setempat tidak menerima kesan yang buruk di atas pelaksanaan projek pembinaan mereka.

"Apa yang kita mahukan adalah, masyarakat yang terjejas itu diberikan rumah-rumah yang moden dan selesa di dalam kawasan bandar, bersesuaian dengan konsep dan matlamat Wilayah Pembangunan Iskandar," katanya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive