RM75j disedia sewa, selenggara CCTV
Utusan Malaysia
Oleh S. ANAND KUMAR
KUALA LUMPUR 9 Jan. – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah menyediakan peruntukan sebanyak RM75 juta bagi menyewa dan menyelenggara kamera litar tertutup (CCTV) untuk tempoh lima tahun akan datang.
Menterinya, Datuk Seri Ong Ka Ting berkata, perkara itu akan dimulakan dalam tempoh terdekat ini dan telah dimaklumkan kepada Jemaah Menteri yang bermesyuarat hari ini.
Menurut Ka Ting, pada mesyuarat itu juga dimaklumkan bahawa satu surat pekeliling garis panduan pemasangan CCTV telah dikeluarkan oleh kementerian kepada semua pihak berkuasa tempatan (PBT).
Tambahnya, PBT diminta untuk memasang CCTV khususnya di tempat awam yang menjadi tumpuan orang ramai.
“Untuk menyahut saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, kementerian juga akan menyelaras supaya pelaksanaan ini mengikuti garis panduan.
“Selain itu, kita juga akan memastikan semua PBT memberi kerjasama kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha membanteras jenayah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Perdana Menteri semalam mengarahkan pelaksanaan tiga langkah penting membanteras jenayah dan memantapkan PDRM termasuk mewajibkan pemasangan CCTV di kawasan awam dan premis yang dikenal pasti berisiko tinggi.
Ka Ting berkata, pada mesyuarat Kabinet hari ini juga, Perdana Menteri telah memberi arahan bahawa sebagai salah satu langkah mencegah kegiatan jenayah, polis akan mengenal pasti lokasi-lokasi di tempat awam yang perlu dipasang CCTV.
Tambahnya, perkara (pemasangan) itu akan dilaksanakan oleh PBT.
Menurut beliau, bagi bangunan dan kompleks komersial yang ditentukan PDRM, pihak PBT akan mengingatkan pemilik premis untuk memasang CCTV yang boleh berfungsi selain dipantau dengan rapi dari semasa ke semasa.
No2umno - Sesungguhnya, keadaan yang tidak kita minta kekadang mendatangkan rezeki kepada mereka segolongan manusia yang menanti waktu untuk mencelah. Isu memasang kamera ini sebenarnya idea lama yang tertangguh tangguh. Mungkin kerana kurangnya peruntukan atau mungkin ianya tidak sepenting mana. Namun semakin kerap jenayah yang berlaku membuat kerajaan tidak mempunyai pilihan. Selain dari memasang dan berikan kenyataan. Kenyataan yang mungkin akan memberikan nafas lega kepada rakyat jelata. Tetapi sejauh mana ia berkesan. Kamera tidak bekerja tanpa ada nya si pemantau. Kalau pemantaunya leka, atau polis tidak bertanggung jawab untuk mengambil tindakan lanjut, maka ianya satu kaedah yang sia sia. Kita lihat kan sejauh mana berkesannya tindakan ini, tetapi harus diketahui bahawa RM75 juta bukan lah sedikit. Dicampur dengan wang pembaikan dan 'maintenance' bulanannya, ianya sudah cukup mewah kepada sesiapa yang memperolehi kontrak ini. Bukan apa, ianya mungkin menjadi satu projek pembaziran kerana terdetik dihati untuk mencari keuntungan. Seperti yang berlaku kepada projek komputer sekolah sekolah. Niatnya baik, muslihatnya hebat. Akhirnya wang dibazirkan, rakyat yang mendapat, remaja masih tidak maju, komputer dijenguk cuma sekali seminggu. Atau mungkin tiada langsung, kerana komputer rosak asyik diusung.
PENYOKONG TEGAR SANUSI. TENGOK PERANGAI WALAUN....GITU LA ..
10 minutes ago
0 comments:
Post a Comment