perantaukite
Awal Tahun baru Islam 1429, kita dikejutkan bila ... MB (N 9) arah sekolah asing pelajar disiasat.... Pertama MB berkenaan melihat kepada dasar kementerian dn pekeliling mana yang digunapakai. Apa pun alasan sekolah bertindak yang mungkin ' memberi alasan disiplin' ke atau apa ke.. sekali imbas bila dilaporkan dan ditatapi untuk umum berita ini, tentulah yang salah 110 peratus adalah pihak pengurusan sekolah serta guru-guru yang bertindak sedemikian.
Mengulas isu, ini dalam kes pekeliling segerasi kaum pekeliling yang melarang program aktiviti keagamaan (Islam) digunasama dalam acara umum sekolah adalah salah sekarang sejak 3 oktober 2007. Jika semua ibubapa kaum lain, tahu dan peka mereka boleh menyaman pihak sekolah. Justeru ramailah guru besar serta pengetua yang akan bertindak 'keras' melarang doa semasa perhimpunan mingguan demi untuk 'menjaga' hati dan perasaan kaum lain.
Yang kita musykilkan, penulis berpengalaman penuh berkhidmat di sekolah yang majoriti pelajar adalah berbangsa Cina dimana pentadbir atau pengetua sekolah dan GPK adalah semuanya Cina, maknanya majoriti guru adalah melayu, tapi majoriti pelajar adalah Cina. Bila setiap kali perhimpunan agenda membaca doa dimulakan, dan pengetua amat marah jika tiada bacaan doa oleh pelajar-pelajar Melayu (kes terpencil kot). Keua bila musim PMR dan SPM sekolah dengan restu pengetua atau pentadbir anjurkan solat hajat unuk peperiksaan PMR atau SPM, doannya kata adalah untuk semua pelajar. Begitu juga majlis berbuka puasa PIBG kami majoriti Cina, datang berbuka bersama-sama dengan guru-guru (kes terpencil kot), mungkin situasi ini berlaku di sekolah-sekolah Cina luar bandar bukan dalam bandar. Apa pun asuhan dari kita adalah segala-galanya.
Situasi ini, kini negara 'mula masuk' ke era sekular seakan-akan ingin meniru era negara Turki zaman Kamal Attartuk. Maka bolehlah kita mahkotakan Pak Lah adalah ' Bapa Sekular Moden' Malaysia. Sekiranya gelaran bapa-bapa kepada PM - PM yang lalu bagi kita menghebah dan memberitahu rakyat teramai.
Menyorot kembali isu di bawah sepertimana yang dilaporan oleh akhbar BH, maka rakyat yang masih 'peka' bukan yang 'pekak' tidak perlu terkejut dan melenting terkejut beruk bilamana melihat tindakan MB Negeri Sembilan. Memang relaitinya begitu.
Sekarang ini, rakyat dan pemerintah sensitiviti adalah kepada amalan dan pengamalan agama Islam yang ekstream kot. Maknnya asing pelajar lelaki perempuan adalah ekstream, baca doa ekstream, baca yasin adalah sensitif, adakan ceramah agama adalah sensitif.!!!!!!!!! |more...|
PENYOKONG TEGAR SANUSI. TENGOK PERANGAI WALAUN....GITU LA ..
22 minutes ago
0 comments:
Post a Comment