Spekulasi tarikh pilihan raya jejas kestabilan negara
Berita Haruan
KUALA LUMPUR: Semua pihak perlu menghentikan spekulasi mengenai tarikh pilihan raya umum akan datang kerana tindakan itu hanya akan menjejaskan kestabilan politik dan ekonomi negara.
Tindakan tidak wajar itu juga, kata Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC), Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar, memberi peluang kepada pihak tidak bertanggungjawab untuk melaga-lagakan pemimpin hingga wujud isu perebutan dan melobi jawatan.
Lebih memburukkan keadaan, katanya, spekulasi itu akan menyebabkan pemimpin gagal memberi tumpuan pada tugas dan tanggungjawab diamanahkan kerana masing-masing sibuk melobi menjadi calon.
“Sebagai pemimpin, bekerjalah kerana parti dan rakyat bukan kerana hendak menjadi calon. Spekulasi akan menimbulkan perpecahan sehingga menjejaskan perpaduan di kalangan pemimpin parti.
No2umnO -Menjelaskan kepada umum bahawa pemimpin negara ditahap yang menyedihkan kerana KEPUTUSAN untuk mengadakan pilihanraya adalah milik mereka. Tetapi mereka sendiri yang PANIK. Atau berita ini sekadar mahu menyalahkan pihak lain kerana pemimpin BN tidak bertugas dengan betul akhir akhir ini. Bukankah ini yang mereka lakukan selama ini. Maka sejak dahulu lagi tanggung jawab diketepi, politik di utamakan. Elehhhhh konon tak pernah buat la tu....geli nya aku.
PENYOKONG TEGAR SANUSI. TENGOK PERANGAI WALAUN....GITU LA ..
24 minutes ago
0 comments:
Post a Comment