KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 10, 2008

KEPIMPINAN 'ALA BN' DI DALAM PERSATUAN ARTIS

Krisis kepimpinan: Datuk Aziz Satar letak jawatan
klpos

KL: "Tindakan saya meletak jawatan sebagai Ahli Jawatan Kuasa (AJK) Artis Veteran Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) ialah kerana tidak puashati dengan kepimpinan persatuan".

Itu adalah penjelasan yang diberi oleh pelakon veteran Datuk Aziz Satar mengenai tindakannya melepaskan jawatan itu Rabu lepas.

Aziz mendakwa berlaku penyelewengan pengurusan dan dana persatuan selain cara Presiden Karyawan Freddie Fernandez membuat keputusan dengan membelakangkan ahli-ahli dan AJK persatuan.

"Saya telah beberapa kali menegur cara pengendalian dan pengagihan dana yang dilakukan tetapi tidak dipedulikan malah saya hanya dipanggil menyertai mesyuarat bila ada kepentingan untuk mendapat sesuatu projek sahaja.

"Saya juga cukup kecewa dengan cara presiden (Freddie Fernandez) membuat sesuatu keputusan tanpa pengetahuan dan persetujuan ahli dan AJK lain. Ini melibatkan keputusan penting yang boleh menjejaskan nama baik Karyawan," katanya pada sidang akhbar di kediamannya di sini. |more...|

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive