KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 10, 2008

KERANA YURAN ATAU KERAJAAN YANG LEMAH

Malaysia semakin kecoh. Bukan pembangkang buat hal tetapi ibu bapa yang sudah tidak tahan dengan sikap BODOH dan BANGANG menteri dan kementerian. Kita baca berita dari BERITA HARUAN.

Bayar yuran cara ansuran jejas pembelajaran

KUALA LUMPUR: Langkah Kementerian Pelajaran memberi kelonggaran kepada ibu bapa untuk membayar yuran tambahan tahunan persekolahan secara ansuran serendah RM2 sebulan akan menjejaskan urusan pengajaran dan pembelajaran pelajar.

Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Dr Mohd Ali Hassan, berkata langkah itu boleh menyebabkan pelajar tertekan apabila sering diingatkan guru mengenai pembayaran yuran berkenaan setiap bulan.

Lebih memburukkan keadaan, katanya, apabila pelajar terbabit mendapati hanya beliau saja di kalangan rakan sekelas yang belum menjelaskan bayaran yuran tambahan itu. “Di pihak guru pula, bebanan kerja mereka juga akan turut bertambah kerana selain mengajar di kelas, mereka kini harus memperuntukkan masa untuk mengutip bayaran ansuran daripada ibu bapa”, katanya kepada Berita Harian, di sini, semalam.

Beliau mengulas langkah Kementerian Pelajaran yang memberi kelonggaran kepada ibu bapa untuk membayar yuran tambahan tahunan persekolahan secara ansuran serendah RM2 sebulan.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom, dalam kenyataannya kelmarin berkata, bayaran secara ansuran itu bertujuan memastikan ibu bapa tidak menanggung beban menyekolahkan anak.

Dr Mohd Ali berkata, kementerian terbabit seharusnya memikirkan alternatif lain bagi pembayaran yuran berkenaan, termasuk membenarkan ibu bapa menyelesaikan bayaran yuran itu apabila penggal kedua persekolahan bermula.

Selain itu, katanya, pengecualian pembayaran harus dibenarkan bagi ibu bapa yang kurang berkemampuan iaitu yang berpendapatan kurang daripada RM1,500 sebulan.

Sementara itu, suri rumah, Zarina Idris, 29, berpendapat, lebih baik pihak sekolah memansuhkan bayaran bagi perkara yang tidak penting.

“Pembayaran komputer sebagai contohnya, kami tidak kisah jika anak kami benar-benar dapat menggunakan komputer, tapi jika kunjungan mereka ke bilik komputer pun boleh dikira dengan jari, apa relevannya pihak sekolah mengenakan bayaran itu?” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.


Bagaimanapun, seorang bapa, Fahmi Jaafar, 37, menyokong langkah kerajaan membenarkan bayaran secara ansuran kerana ia akan mengurangkan beban ibu bapa berpendapatan rendah dan terpaksa menyekolahkan ramai anak.

Pendapat Fahmi disokong Abdul Rahman Abdul Aziz, 60, bapa kepada seorang anak yang masih bersekolah.

Beliau berkata, pembayaran yuran tambahan secara ansuran itu dapat meringankan bebannya sebagai ibu bapa, tambahan lagi apabila pendapatannya sebagai seorang pemandu teksi tidak menentu.

No2umnO - Pasal komputer tu sebenarnya PROJEK FAIL. Projek itu fail kerana tujuan projek itu di lancarkan bukan untuk memberi ilmu kepada kanak kanak dan pelajar tetapi semata mata untuk memberikan dana bantuan kepada syarikat KRONI dan anak anak. Cerita hebat, anak anak kita jengok pun jarang ke kelas tu. Bila niat Kerajaan tidak suci, maka perancangan akan gagal kerana ianya tidak ikhlas. Tanyakan Mahathir dulu. Budaya Mahathir sudah menjalarkan ke pemimpin sekarang. Malah lebih teruk. Aku tak pernah seumur hidup sokong UMNO dan BN, makanya aku tidak terlibat di dalam sebarang kebodohan dan kesundalan yang mereka lakukan. Ayoh HIJRAH kita tahun ini !!!!

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive