Buku untuk Komsas, bukti BN khianati bahasa Melayu
Anis Nazri
KUALA LUMPUR, 30 Jan (Hrkh) - Tindakan Kementerian Pelajaran meminggirkan karya-karya bermutu oleh Sasterawan Negara daripada senarai buku-buku teks membuktikan kerajaan Barisan Nasional memang berniat jahat terhadap peranan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, sekaligus bahasa kebangsaan.
Ketua Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub, dalam kenyataannya kepada Harakahadaily berkata, dasar-dasar yang tidak memihak kepada bahasa kebangsaan ini akan melahirkan generasi baru yang tidak patriotik, di samping melemahkan fungsi bahasa itu sebagai bahasa perpaduan.
Katanya, Pemuda juga terkilan apabila beberapa sasterawan dan penulis mapan tanah air terpaksa bersungut dan ada yang 'meletak jawatan' sebagai Sasterawan Negara kerana membantah kelemahan kementerian terbabit.
Bagaimanapun, katanya kerajaan BN semenjak dahulu berusaha untuk merendahtarafkan bahasa Melayu dengan menghapuskan tulisan Jawi, kemudian menggunakan bahasa Inggeris di universiti.
Beliau juga berkata BN turut bertanggungjawab terhadap dasar penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar mata pelajaran Sains dan Matematik di sekolah. Pada hari ini, bahasa Melayu menjadi bahasa kelas dua sahaja.
"Kita jangan terlalu mengutamakan sains dan teknologi hingga mengabaikan aliran sastera. Sastera untuk membina jati diri anak bangsa, sains dan teknologi untuk membina alat-alat membangunkan bangsa. Jika alat-alatnya canggih, tetapi penggunanya tiada jati diri, maka lahirlah bangsa yang maju teknologi, tetapi runtuh akhlaknya," tegas beliau. - mks.
MAHATHIR MAHAKAYA, MAHAZALIM... KEH.. KEH...
1 hour ago
0 comments:
Post a Comment