Kuala Lumpur, 29 Jan - Pengerusi MIC bahagian Sungai Siput, M. Lokanathan telah menulis surat kepada Perdan Menteri menyatakan bahawa Barisan Nasional akan hilang undian masyarakat India jika MIC terus dipimpin oleh Samy Vellu, yang merupakan Ahli Parlimen bagi Sungai Siput.Dalam suratnya, Lokanathan berkata ramai Ahli MIC dan sebahagian besar masyarakat India amat marah dengan pimpinan Samy Vellu. Samy dikatakan dalam surat tersebut sebagai seorang yang hanya asyik dengan kepentingannya sendiri.
Samy didakwa menggunakan posisinya sebagai ahli politik yang berkuasa untuk mengumpulkan kekayaan dan pada masa yang sama menolong kroni-kroni dan ahli keluarga mendapat keuntungan dengan sewenang-wenangnya.
“Masyarakat umum sudah bosan dengan sikap angkuhnya. Dia sudah tidak popular lagi dan akan menjadi liabiliti kepada Barisan Nasional.” kata Lokanathan.
Di dalam surat itu, Samy dikatakan tidak pernah menjumpa ahli konstituannya malah menggunakan gangster untuk mengancam sesiapa yang tidak berhenti meminta pertolongan. Samy hanya pulang ke konstituannya untuk melawat seorang perempuan yang didakwa perempuan simpanannya.
“Ramai orang India telah diabaikan oleh ketamakan kuasa dan wang Samy Vellu. Ramai orang yang dihormati seperti Datuk Pathmanaban, Dato Pandithan, Dato Subra telah diusur keluar MIC dengan sistematik dan tidak diberi peluang menolong masyarakat .” tambah Loganathan.
Samy juga didakwa mendapatkan tanah yang dialokasikan kepada menolong masyarakat India yang miskin dengan murah dan sebaliknya mengunakan tanah itu untuk kepentingan sendiri. Beberapa bangunan yang dibina dengan kewangan orang ramai diletakkan dalam nama ahli keluarga Samy.
Di dalam surat tersebut terdapat beberapa lagi dakwaan yang dibuat oleh Lokanathan, yang meminta Perdana Menteri untuk menyiasat dakwaan-dakwaan yang dibuat olehnya.
“Kami di Sg Siput tidak lagi mahu Samy Vellu sebagai wakil rakyat kami. Dia sudah menjadi liabiliti bukan sahaja kepada masyarakat India tetapi juga Malaysia.”
0 comments:
Post a Comment