KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 30, 2008

Guna PRU Bersihkan Umno: Dr M

A Kadir Jasin

BEKAS Perdana Menteri, Dr Mahahir Mohamad, hari ini menyarankan agar ahli dan penyokong Umno menggunakan pilihan raya umum (PRU) akan datang bagi “membersihkan” parti itu.

Katanya, tiada jalan lain untuk membersihkan parti itu daripada pemimpin yang tidak cekap dan tidak amanah. Dr Mahathir menggunakan istilah Inggeris “cleansing” bagi memperjelaskan apa yang beliau maksudkan.

Ini, tegas beliau, terpaksa dilakukan kerana segala percubaan menegur dan mengubah pemimpin serta dasar parti dari dalam telah digagalkan.

Bercakap kepada sidang akhbar di Putrajaya selepas melancarkan buku “Dr Mahathir’s Selected Letters to World Leaders,” beliau merujuk kepada hasutan serta politik wang yang digunakan bagi menyekat percubaan beliau menjadi perwakilan biasa Kubang Pasu ke Perhimpunan Agung Umno 2006.

Ditanya apakah beliau bersedia membantu Umno dan Barisan Nasional pada PRU akan datang, Dr Mahathir berkata beliau sedia jika dijemput.

“Tetapi saya akan hanya membantu calon yang bersih dan berwibawa sahaja,” katanya sambil merujuk kepada PRU 2004 apabila BN menghalang beliau daripada berkempen di kawasan-kawasan tertentu. more ...

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive