KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 30, 2008

BN-Pembangkang 50-50

Melaka: Rahim ramal peluang BN-Pembangkang 50-50

Oleh Muda Mohd Noor
Ehsan Malaysiakini.

Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik meramalkan peluang yang seimbang antara Barisan Nasional (BN) dan pembangkang di Melaka dalam pilihanraya umum ke-12 akan datang.

"Kedua-dua pihak mempunyai peluang... BN 50, pembangkang 50. Ini ramalan saya," katanya dalam satu temubual dengan Malaysiakini di pejabatnya di ibu negara semalam.

Abdul Rahim menjadi Ketua Menteri Melaka selama 12 tahun mulai April 1982 hingga14 Oktober 1994 ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri.

Bagaimanapun, beliau melepaskan jawatan Ketua Menteri Melaka dan Ketua Pemuda Umno Malaysia selepas didakwa terbabit dalam skandal seks tetapi beliau menafikan dakwaan tersebut.

"Jika mereka gembira dengan ekonomi, mereka akan sokong, jika mereka tidak gembira, mereka fikir sebaliknya. Mereka melihat apa yang ada pada hari ini, " katanya lagi.

Abdul Rahim yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno berkata, sebenarnya, selain ekonomi, ada banyak isu lain lagi yang boleh mempengaruhi pengundi dalam pilihnaraya umum akan datang.

Katanya, untuk itu pemilihan calon perlu dibuat dengan berhati-hati kerana ia memainkan faktor penting untuk kemenangan parti mereka.

Faktor calon

"Sebanyak 60 peratus pengundi memilih faktor calon dan 40 peratus kerana parti. Ini fenomena yang berlaku hari ini.

"Dulu parti letak sesiapa sahaja akan menang tetapi kini telah berubah kerana faktor-faktor seperti generasi muda dan keadaan yang berbeza.

"Mereka melihat kepada keyakinan. Jika mereka yakin mereka sokong," katanya lagi.

Abdul Rahim berkata, beliau turut merasa gembira dengan pucuk pimpinan kerajaan negeri sekarang yang meneruskan apa yang dilakukannya sebelum ini.

Katanya, Melaka hari ini telah mengembalikan semula kegemilangan yang dinikmati semasa Kesultanan Melaka dahulu.

Abdul Rahim juga berkata, Umno telah bersedia menghadapi pilihanraya umum di mana 191 bahagian Umno di seluruh negara diarah berbuat demikian.

'Perhimpunan haram'

Katanya, jentera penerangan bergerak lancar dengan mengadakan pelbagai majlis penerangan di seluruh negara bagi memastikan rakyat mendapat penerangan yang jelas mengenai isu-isu semasa.

Beliau berkata, banyak cabaran yang akan dihadapi oleh Umno dan BN bagi menjawab dan menangani isu-isu yang dibangkitkan oleh pembangkang kali ini.

"Isu kenaikan harga barangan, kenaikan minyak dunia, koridor ekonomi perlu dijelaskan secara mendalam kepada rakyat.

"Kami juga menerangkan mengenai demontrasi haram yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu di dalam negara ini," katanya.

Abdul Rahim berkata, jika kumpulan ekstremis menguasai negara ini, ia akan memusnahkan negara dan dasar rakyat kerajaan ialah memberi perlindungan kepada rakyat.

Pembangkang dan badan bukan kerajaan (NGO) telah beberapa kali mengadakan perhimpunan bagi membantah perjalanan pilihnaraya yang didakwa tidak adil dan telus, selain kenaikan harga barangan

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive