KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 30, 2008

DBKL JATUH BODOH?


DBKL tiada kuasa, mengaku buntu

Oleh ASRON MUSTAPHA
kosmo

Warga Bangladesh makin ramai, cacatkan Hari Wilayah Persekutuan

SELAIN tebing konkrit Sungai Gombak, warga Bangladesh juga menjadikan tepi Jalan Damai berhampiran stesen LRT Putra Damai, Kuala Lumpur sebagai tempat baru mereka 'berkampung' semalam.

KUALA LUMPUR - Walaupun berjanji 'membersihkan' warga Bangladesh yang menghuni tebing Sungai Gombak namun Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengaku sukar membendungnya kerana pihaknya tidak ada kuasa berbuat demikian.

Dalam masa yang sama, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan DBKL, Mhd. Amin Nordin Abd. Aziz mengaku ia juga memburukkan pemandangan lebih-lebih lagi menjelang sambutan Hari Wilayah Persekutuan pada 1 Februari ini.

"DBKL tidak mempunyai kuasa untuk menahan warga asing berkenaan. Apa yang mampu dilakukan hanyalah menghalau kumpulan berkenaan daripada berkumpul.

"Hendak halau tapi kami tidak tahu di mana hendak ditempatkan mereka ini kerana ia bidang kuasa Imigresen,'' ujarnya ketika dihubungi di sini semalam.

Sementara itu, tinjauan semula KOSMO! semalam mendapati jumlah warga asing berkenaan semakin bertambah ramai dan kini ia mencecah 1,000 orang berkampung di tebing sungai yang sama.

Malah tidak cukup tebing konkrit, ada warga Bangladesh itu meletakkan barang mereka dan menjadikan tanah rizab longkang di Jalan Damai berdekatan sebagai 'tapak' baru mereka berteduh.

Pertambahan jumlah mereka yang merempat itu saban hari difahamkan berpunca daripada penipuan yang dilakukan oleh ejen pekerjaan serta kehabisan duit.

Menurut seorang warga Bangladesh, Shohidul Islam, 32, mereka telah 'menetap' di tepi tebing Sungai Gombak sejak seminggu lalu.

"Semuanya mengalami nasib seperti saya iaitu ditipu oleh ejen pekerjaan dan juga tidak dibayar gaji.

"Saya bernasib baik kerana berjaya memperolehi pasport perjalanan daripada majikan tetapi ramai rakan yang lain dokumen itu disimpan oleh majikan," dakwanya.

Salah seorang daripada mereka, Md. Hanif, 32, pula berkata, beliau terpaksa merempat di tepi tebing Sungai Gombak berhampiran Stesen LRT Putra Damai kerana ditipu ejen pekerjaan.

Menurutnya, setiap seorang daripada mereka telah menghabiskan sekurang-kurangnya RM11,000 kepada ejen pekerjaan bagi menguruskan perjalanan ke Malaysia dan kecewa selepas didakwa diperdayakan.

"Di Bangladesh, kami telah menjual rumah, ternakan dan tanah selain terpaksa berhutang bagi mengumpul jumlah wang sebanyak itu untuk ke Malaysia.

"Jika kami balik dalam keadaan seperti ini kami akan diburu oleh ceti yang pasti ingin menuntut semula hutang mereka,'' ceritanya semasa ditemui KOSMO! semalam.

Menurut Md. Hanif, beliau datang ke negara ini lapan bulan yang lalu setelah dijanjikan ejen sebagai buruh binaan.

Dakwa Hanif lagi, sepanjang lapan bulan bekerja beliau hanya dibayar gaji RM30 sehari selama tiga bulan sahaja sebelum majikannya mula memberi pelbagai alasan.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive