Minang Menung
dipetik: umno-reform
Saya tabik dan kagum dengan Dr Chua Soi Lek. Kurang 48 jam VCD lucah yang membabitkan dirinya didedahkan media eletronik, dia tampil kemuka dengan pengakuan. “Lelaki dalam adegan itu adalah saya”. Inilah anak jantan. Inilah pemimpin yang dikatakan ada maruah. Dia tidak berdalih seribu bahasa tetapi terus mengaku. Anak jantan yang menepati pepatah, ‘kalau tangan berani mencincang, bahu sanggup memikul”. Bagaimana umum menerima pengakuan Dr Chua – Menteri Kesihatan dan orang penting dalam barisan ketiga kepimpinan MCA, komponan dan kongsi kuat UMNO? Pelik atau heran!
Kalau saya tidak silap dalam sejarah politik negara kita selama ini tiada siapa dalam barisan kepimpinan yang dikatakan terpalit dengan kelakuan tidak berakhlak dan menjijikkan tampil kemuka dan mengaku. Setahu saya belum ada seorangpun. Lantas kelakuan tidak bermaruah dan menjijikkan dalam masyarakat terutama di kalangan orang kenamaan dan kepimpinan seolah-olah dianggap satu kebiasaan dalam dihidup kita. Justeru Dr Chua boleh dikatakan memecah tradisi kita selama ini. Syabas Dr Chua Soy Lek!! Ini dia sikap orang yang ada integrity. Mungkin ada yang ingat dasar “sorong makan tarik makan/double standard’ Mahathir Mohammad semasa menerajui kepimpinan Kerajaan. Apabila pelakuan keji dan terkutuk membabitkan kelompoknya didedahkan, dia bertegas mempertahankan. Sikapnya, yang didakawa konon berlaku curang atau menyeleweng, “belum tentu bersalah selagi belum dibuktikan bersalah” Kerana itu sebut apa sahaja kelakuan keji dan menjijikan terutama sekali di kalangan orang politik dan pentadbiran menjadi-jadi dengan hebat sekali semasa pentadbirannya.
Lebih mengkagumkan dalam sidang media mengumumkan perletakan jawatannya, Dr Chua menyatakan keputusan itu didorong oleh soal maruah (lebih kurang maksudnya). Sambil itu dia juga mengatakan ‘sebagai manusia saya tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Tetapi dalam konteks maruah rasuah dan pelbagai penyelewengan lain juga keji.’ Dalam kata lain orang yang ada conscience tidak boleh tidur lena kerana dihantaui kesalahannya. Memang betul manusia sentiasa dijengok hawa nafsu tetapi conscience/aqal fikiran dapat menundukkannya. Maka itulah kita dikejutkan oleh pengumuman dibuat Dr Chua. Pengakuan Menteri Kesihatan itu nampaknya bersahaja tetapi mengandungi makna yang mendalam sekali dan lebih pedas. Sepatutnya orang yang terpalit atau terkena tempias kenyataan demikian terketuk mindanya dan berfikir panjang. Apatah lagi yang bergama Islam, apakah tidak terdetik imannya!!
Lihat laporan siasatan Public Accounts Committee dan Auditor General berkaitan perbelanjan wang rakyat begitu menakutkan. Tetapi reaksi pihak berkuasa seperti tiada apa yang berlaku. Di Jepun dan Korea Selatan yang menjadi ikutan kita di bawah Dasar Pandang ke Timor rejim Mahathir, akibah pendedahan seperti ini lebih drastic. Kalau kerajaan tidak tersungkur pemimpin yang terbabit rasuah dan penyelewengan bunuh diri. Saya masih ingat dulu pernah terjadi seorang Menteri Singapura membunuh diri sekonyong-konyong dikatakan rasuah. Dalam konteks maruah di negera kita, Dr Chua tidak usah malu dengan apa yang telah berlaku, sebaliknya berjalan dan begaullah dalam masyarakat dengan penuh hormat. Seseorang mesti rasa malu kalau kesalahan yang dilakukan tidak diakui atau dinafikan. Yang sepatutnya malu adalah keseluruhan rakyat Malaysia dari bapak menteri hingga marhaen di ceruk kampong. Ini kerana mereka tahu kemungkaran berlaku tetapi sanggup memejamkan mata demi menjaga sesuap nasi lalu mengenepikan akhlak. Bapak menteri terlebih malu, terutama yang beragama Islam. Tidak cukup dengan Islam yang diturunkan Allah swt sebagai agama yang diredhai, dicipta pula Islam Hadhari konon untuk mencapai kesempurnaan hidup! Ke serata pelusuk dilaungkan juga ‘integrity’ dengan nada hampir memutuskan nafas acap kali berucap. Tahukah bapak menteri pengertian dan nilai terminology itu?
Jan 8, 2008
DR CHUA BUAT ORANG MAKAN CILI TAK RASA PEDAS
Labels: Belit UMNO, Soi Lek
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment