duniatiger
Semalam, seorang teman menelefon mengatakan bahawa kekurangan minyak masak di negara ini adalah satu misteri apatah lagi memikirkan bahawa Malaysia sebuah negara pengeluar. Jika dikatakan kejadian sorok atau penyeludupan oleh peniaga atau individu dari negara jiran, keadaan ini tidaklah seburuk yang dihadapi sekarang. Masalah sekarang terlalu besar untuk dilakukan oleh "orang kerdil". Baginya, sudah pasti ia membabitkan kumpulan yang lebih besar dan terancang.
Pagi ini, saya juga membaca perkara yang sama dalam akhbar Utusan Malaysia di mana seorang pembaca Mohd Arif Atan dari Universiti Malaya menyatakan pendapatnya.
Dalam ruangan pendapat beliau menulis: "Adalah musykil, bagaimana sebuah negara pengeluar dan pembekal minyak sawit utama di dunia boleh mengalami krisis ini? Tidakkah wujud "tangan-tangan" yang sengaja mencipta sentimen cemas di kalangan pengguna lantaran mahu menaikkkan harga barang kawalan tersebut dalam jangka masa terdekat? Ke mana perginya hampir 50,000 tan metrik minyak masak di pasaran kini, jika tidak wujudnya kemungkinan pakatan bersama antara 23 buah pengilang minyak masak serta para pembekal yang terbabit? Tidak keterlaluan dikatakan ini adalah petanda untuk harga minyak masak dinaikkan. Lihatlah nanti sekiranya harga minyak masak dinaikkan, secara tiba-tiba pula bekalan minyak masak mencukupi malah melambak-lambah di pasaran." |more...|
Mahkamah cadang Mahathir, Anwar selesai saman secara mediasi
22 minutes ago
0 comments:
Post a Comment