Surat Pembaca kepada MStar
PELIK, musykil dan kelakar bila minyak masak kehabisan stok. Macam biasa pelbagai alasan diberi oleh kementerian yang berkaitan. Pengguna panik (beli banyak untuk buat stok), pengusaha sorok bekalan juga penyeludupan.
Secara tak langsung jelas menunjukkan penguatkuasaan kita terlalu lemah,dangkal dan boleh dikatakan tidak buat kerja. Buat Shafie Afdal bangunlah daripada tidur yang terlampau lama. Jangan hanya berbangga sebagai Menteri KPDN & HEP tetapi tiada apa yang anda telah usahakan.
Setiap kali berlaku masalah Shafie selalu salahkan keadaan juga pengguna. Kes diesel dulu, kata diesel kita murah, berlaku penyeludupan tapi bila harga diesel naik, kes diesel senyap terus.Takkan kes minyak masak ni alasannya sama juga.
Senangnya jadi menterikan. Bila kena tekan oleh pembekal terus cari alasan bodoh dan selalunya punca masalah ini terjadi menjadi tanda tanya kepada rakyat.
Tidak logik sebagai pihak yang berkuasa dalam perdagangan tidak dapat mencari punca setiap kejadian. Ini Malaysia, negara kecil, takkan 'root' sesuatu permasalahan tidak dapat diselesaikan. Lembab sungguh kementerian anda bekerja.
Tiada perancangan ke dalam kementerian anda? Kementerian anda ni tidak boleh bekerjesama dengan pihak Polis ke untuk menyiasat kes seperti ini. Yelah kalau anggota kementerian anda terlalu takut untuk menangkap 'kepala' atau 'dalang' setiap kes.
Tetapi saya rasa sebagai sebuah kementerian, pihak anda pasti ada langkah yang sepatutnyakan.
Pelikkan, tidak pernah kita dengar perancang segala kejadian ini ditangkap. Jangan bagi rakyat bersangka buruk kepada kementerian anda.
Yang paling tidak dapat diterima kementerian selalu salahkan pengguna. Pengguna Malaysia ini dituduh mudah panik seolah-olah pengguna Malaysia ini tidak berakal. Tolonglah fikir sikit masalah rakyat. Rakyat juga ada perancangan dalam kehidupan.
Lainlah saudara yang hidup penuh dengan keistimewaan. Tetapi rakyat tidak pernah pertikaikan kerana itu hak saudara sebagi pemimpin tetapi tolonglah bekerja dengan penuh keikhlasan untuk mempertahankan hak rakyat pula.
Buatlah perancangan yang terbaik untuk keselesaan rakyat. Sudah banyak rakyat dibeban dengan masalah ekonomi yang semakin meruncing ini. Petrol dah naik, tol dah naik, roti dah naik, janganlah bahan asas dinaikkan lagi. Cukup-cukuplah tu.
Sedangkkan gaji tetap sama, terutama kepada bukan yang bekerja dengan kerajaan. Buat kerajaan BN, jangan berasa selesa dengan keadaan sekarang. Pilihanraya kali ini belum tentu lagi anda akan dapat 2/3. Sebenarnya kerajaan bernasib baik kerana berlakunya perhimpunan yang dikelolakan oleh Hindraf. Terus terang saya katakan, tidak banyak, sedikit orang Melayu telah bersatu.
Sebelum ini sudah ramai yang di atas pagar, terutamanya golongan pemuda Melayu Proffesional. Ingat, pemuda kita sekarang bukan pemuda dahulu, boleh terima bulat-bulat semua perkara. Pemuda kita sekarang sudah melangkau dunia cyber yang penuh dengan maklumat. Tetapi kami bukan bodoh untuk terima semuanya.
Buat yang berkenaan, bekerjalah dengan jujur. Simpatilah dengan nasib rakyat. Fikirlah langakah yang bijak untuk mengatasi masalah yang bodoh macam ni.
Keistimewaan yang anda miliki sekarang tidak akan anda kecapi tanpa sokongan rakyat. Jangan bermain wayang hanya bila plilihanraya sudah hampir. Bila habis pilihanraya, anda BERKUASA, tetapi rakyat merana.
"Jangan Jadi Kacang Yang Lupakan Kulit".
ANAK KERAMAT
Jan 8, 2008
Pilihlah Menteri yang berkelayakan bukan yang suka berangan!
Labels: Belit UMNO, Naik Harga
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment