kosmo
(...) Malah, notis ‘catu minyak masak’ tidak kelihatan kerana yang dilihat ialah ‘Maaf, minyak masak habis’ seperti mana yang digantung pada sebuah pusat membeli-belah di Ampang semalam.
Ada peniaga mendakwa, mereka tidak dapat melaksanakan catuan itu kerana rak masih kosong selepas pesanan minyak masak yang dibuat sejak dua minggu lalu tidak tiba.
Suri rumah, Zaiton Arshad (gambar) mengeluh kerana terpaksa mengunjungi banyak pasar raya bagi mendapatkan minyak masak tetapi yang tinggal cuma minyak kacang soya atau minyak jagung.
“Tak ada erti catu kalau minyak pun tak ada,’’ katanya. |More...|
No2umnO - Dalam pada itu, di Rantau Panjang, strategi angat angat tahi ayam digunakan,
Beli minyak masak kena tunjuk ic
Jika kerajaan mencatu pembelian minyak masak sebanyak lima kilogram seorang, di Rantau Panjang pula ada sebuah pasar raya mengetatkan lagi kawalan dengan meletak syarat pembeli menunjukkan kad pengenalan.
Senario yang berlaku di Pasar Raya Pantai Timur sejak 5 Januari lalu itu dilakukan selepas sambutan Aidiladha lalu bagi membendung penyeludupan bekalan ke Thailand.
Pengurus Jualannya, Lew Hock Su berkata, walaupun kena tunjuk kad pengenalan, mereka masih menjual pada had catuan lima kilogram seorang manakala pembeli negara jiran hanya sekilogram.
Jan 8, 2008
Mencatu barang yang tidak ada
Labels: Minyak naik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment