Sebelum membaca artikel yang disunting dari klpos ni, perlu difahami bahawa kejayaan negara negara maju di dunia kecuali Malaysia, adalah hasil usaha rakyat dan kerajaan mereka. Mempunyai hasil bumi atau tidak, bukanlah isu penting. Ianya hanyalah bonus. Yang mujarab adalah akal pemimpin yang mahu majukan negara dengan iklhas dan amanah sambil mendapat restu dari rakyat. Kejayaan China, Dubai dan Jepun di dalam menjadi negara yang hebat ekonominya adalah kerana kepimpinannya dan kaedah pemerintahan yang hebat serta rakyatnya yang turut sama menyumbang. Mereka tidak bangun kerana UMNO dan UMNO tiada pun disana. Jangan kata kalau tiada UMNO dan BN, kita tidak boleh maju. Sebenarnya tanpa kita lah maka BN dan UMNO tak kan boleh maju.
Kerana sombong dan bongkaknya sebuah kerajaan yang sudah lama memerintah, maka TAKBUR memenuhi ruang otak pemikiran pemimpin. Kononnya kejayaan adalah kerana kerajaan. Rakyat yang bodoh pun terikut ikut dengan kata mereka bagaikan tiada mata untuk melihat, tiada telinga untuk mendengar dan tiada otak untuk memikir. Kejayaan bukan diukur dari tingginya bangunan, banyak nya jalan, segaknya pemimpin dan banyaknya masjid. Tetapi ia diukur dari kesejahteraan, kemewahan, tahap ekonomi dan mentaliti rakyat.
Malaysia sudah 50 tahun merdeka. Bernaung di bawah satu parti pemerintah yang seharusnya dikuburkan sejak lama dulu. Sekarang ianya sudah tiada berkualiti bagaikan sampah dan kerana individu yang ada di dalam seperti kayu yang reput bersedia untuk terus hanyut. Kalau surat Khabar, sudah perlu dihancurkan dan di kitar semula. Apa yang dihasilkan oleh UMNO dan BN adalah Pemimpin yang semakin kaya, jenerasi yang semakin kucar kacir serta rakyat yang semakin menderita.
Bila barangan naik harga dan stok keperluan berkurangan, kerajaan adalah pihak yang AKHIR mengambil tahu. Setelah riuh pikuk jeritan dari bawah, baru lah kerajaan terhegeh hegeh tunjuk muka. Itu pun ada rakyat yang buta mata dan hati masih mengatakan hebatnya kerajaan. Kalau benar hebat, Kerajaan tak perlu di jerit, rakyat tak perlu melolong, mereka tanpa disuruh akan datang menolong.
Dubai yang tidak mempunyai sumber galian minyak, tetapi masih mampu berjaya kerana menepati istilah KEPEMIMPIN CEMERLANG, GEMILANG dan TERBILANG. Dan bukan CURANG, GEMILANG TEMBERANGnya.
Perdana Menteri yang cemerlang, gemilang dan terbilang
klpos
(...) Tidak seperti emiriyah Abu Dhabi yang mempunyai hasil petroleum dan gas melimpah sehingga 100 tahun lagi, Dubai memerlukan suntikan baru dalam meneruskan kejayaan sebagai pusat perdagangan dan bisnes di rantau Teluk, kalau tidak Timur Tengah.
Strategi Sheikh Mo dalam mempelbagaikan aktiviti ekonomi dengan menjadikan bidang kewangan, pelancungan, hartanah dan sektor servis sebagai enjin pertumbuhan.
Seterusnya melangkah untuk bersaing diperingkat global dan terbukti berhasil melalui kejayaan Emirates Airlines dan Dubai Ports World, sekadar dua contoh gergasi dari UAE.
Ramai yang sebelum ini begitu skeptikal dengan apa yang beliau rancang untuk menjadikan Dubai sebagai pusat kemajuan dalam pelbagai bidang, termasuk saya yang menjadi salah seorang staf pelopor untuk projek Dubai Internet City (DIC).
DIC terbina dalam masa setahun dan dalam tahun 2001, perdana menteri Malaysia ketika itu yang terhidu kegagalan MSC dan Cyberjaya berbanding DIC walau lebih awal dibangunkan, datang membuat lawatan selama sehari.
Kini dengan perubahan drastik dan ketara meliputi pelbagai sektor, Sheikh Mo muncul sebagai ikon dan idola baru generasi semasa yang memberi inspirasi.
Begitupun, walau kami yang sudah cukup kagum melihat perubahan luar biasa Dubai sejak sedekad, beliau sentiasa menegaskan yang pembangunan Dubai ketika ini hanyalah 10% dari kawasannya!
Sheikh Mo turut menyumbang berbilion dollar ke arah kebajikan seperti USD10 bilion dari poket sendiri untuk memajukan pendidikan dan keilmuan dunia Arab dan Islam.
Inisiatif seperti Dubai Cares memberi peluang kepada 1 juta kanak-kanak miskin seluruh dunia untuk mendapat pendidikan yang baik.
Kepimpinan Sheikh Mo berjaya mengubah bukan sahaja lanskap gurun dan teluk Arab, tetapi juga mentaliti dan sikap rakyat tempatan terhadap peluang yang ada. |More...|
Di Malaysia, TURUNKAN HARGA MINYAK, NEGARA BOLEH BANKRAP.
Jan 8, 2008
UMNO TIADA DI DUBAI
Labels: Belit UMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment