Berikut adalah kenyataan yang dibuat oleh Senator Datuk Syed Ali Al Habshee, Pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras.
"Kerajaan telah banyak berkorban dalam menentukan setiap kanak-kanak mendapat pendidikan asas menerusi pemberian buku teks percuma kepada semua murid tanpa mengira pendapatan keluarga serta pemansuhan yuran bagi sekolah rendah dan menengah.
"Justeru apalah salahnya ibu bapa menyumbang kepada pihak sekolah sebagai satu aspek pelaburan untuk masa depan anak mereka sendiri," katanya.
Sambil menyalahkan ibu bapa, beliau menyatakan bahawa lagi,"Masalah timbul kerana ada kalangan ibu bapa tidak pernah menghadiri mesyuarat PIBG sekolah anak mereka dan apabila mendapat tahu mengenai kadar yuran tambahan yang ditetapkan, mereka melenting dan mula melemparkan pelbagai tuduhan terhadap pengurusan sekolah sedangkan mereka tidak mengetahui keperluan sekolah anak mereka kerana tidak pernah menghadiri mensyuarat PIBG," katanya kepada Bernama. Rujukan: KLIK
Seorang Senator yang dilantik atas ehsan Pemimpin UMNO, maka bahasanya adalah bahasa UMNO. Beranggapan bahawa UMNO lah yang tolong mereka untuk mencapai kemewahan yang dimiliki sekarang.
Rakyat tidak menyalahkan pihak sekolah diatas peningkatan nilai Yuran, tetapi ibu bapa mempertikaikan tentang janji kerajaan untuk menghapuskan YURAN. "Pendidikan secara PERCUMA", kononnya. Guru setakat penyampai kata kepada kerajaan. Kalau kerajaan suruh kutip, maka guru pun perlu kutip. Rakyat sesungguhnya faham. Tiada apa yang boleh dilakukan oleh Pihak Guru selain dari mengikut kata dan arahan dari Kementerian, yakni Menteri.
Aku pun malas nak cerita panjang tentang perkara ini kerana kalau setakat kenyataan dari pihak kerajaan, Senator atau sesiapa yang bersekongkol dengan mereka maka ianya terus sama melodinya. Menyalahkan rakyat dan menyalahkan rakyat.
Tapi Senator perlu terima hakikat bahawa setiap seorang rakyat di Malaysia mempunyai hak atas ELAUN yang Senator perolehi setiap bulan. Maka sedar sedar lah sebelum buat kenyataan kerana kalau KULI cuba jadi BOSS, buruk rupanya.
0 comments:
Post a Comment