Woi Geng!! Apa khabar U all??
tranungkite
Mesti anda hairan bilamana gua tidak lagi mulakan artikel ni dengan salam kan? Apa nak heran geng, gua skrang tak duk kampung lagi. Gua dah tinggal di bandaraya tau! So, U all kena la respek sama gua.
Gua tinggal di Tanjung Village, Kuala Terengganu. Tanjung Village ni kiranya tak jauh le dari Taman Shahbandar tempat isytihar bandaraya tu. Sekali wa tempik jer jaraknya. Dulu orang-orang sini panggil area tempat tinggal gua ni Kampung Tanjung. Sekarang bandaraya, mana ada kelas panggil gitu lagi. So, gua nak U all guna Tanjung Village menggantikan Kampung Tanjung.
Sejak jadi bandaraya ni, rumah gua yang dulunya kayu sudah bertukar. Betul gua cakap ni geng. Papan-papan kayu sudah gua tukar dengan wood. Rumah gua ni yang sudah sedia cantik, kini semakin pretty dan beautiful. Selepas ini makin ramai la mat dan minah salleh datang ke bandaraya ini untuk menikmati perubahan yang ketara di bandaraya ini. Gua bangga banget tau! So, U all jangan nak jeles lak dengan kemajuan bandaraya gua ni. |more...|
Jan 2, 2008
Gua Budak Bandaraya
Labels: ALAHAI IDRIS ....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment