KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 2, 2008

Kenapa Ketua Umno Labis pertahankan Chua Soi Lek?

Detikdaily

Akhirnya teka-teki yang mengaitkan video seks di Johor dengan seorang ahli MCA yang juga menteri dalam kabinet Abdullah Badawi diakukan.

Chua Soi Lek, Menteri Kesihatan Malaysia tidak seperti menteri-menteri dalam UMNO dan MIC . Ia akhirnya terpaksa membuat pengakuan terbuka bahawa beliaulah orangnya yang berpasangan dengan "kawan'nya.

Semua manusia melakukan kesilapan. Itulah sebabnya isteri dan anak-anak telah memaafkan Chua dan masih menerimanya sebagai ketua keluarga.

Biarlah Chua sebagai seorang yang bukan Islam mempertahankan tindakannya itu. Biarlah dia berusaha membebaskan dirinya mungkin dengan keampunan agamanya. Itu adalah haknya.

Walau apapun, beliau tidak dapat lari dari tanggungjawabnya sebagai salah seorang pemimpin di negara timur.

Namun apa yang menghairankan kita adalah gelagat beberapa pemimpin UMNO termasuk Ketua UMNO Bahagian Chua sendiri yang begitu bersemangat mempertahankan Chua.

Apakah nilai yang diambilkira oleh kepimpinan UMNO bahagian berkenaan ?

Budaya mengatasi hukum atau hukum mengatasi adat ?

Pada saya, sudah tentu sikap dan tindakan Chua itu akan dipuji. Bukan sahaja ia mengaku perbuatannya yang dikira melanggar tatasusila kebudayaan timur, malah ia memohon maaf kepada keluarga dan berjuta rakyat Malaysia.

Cumanya, ia masih ingin mengekalkan jawatannya dalam kepimpinan negara . Alasannya adalah sama sahaja seperti yang sering diberikan oleh pemimpin-pemimpin Barisan Nasional yang lain. Iaitu perlantikan mereka dilakukan oleh Perdana Menteri walaupun rakyat yang mengundi mereka. Jadi, selagi PM mahu, mereka akan kekal. |more...|

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive