Ada marah-marah polis periksa rumah cari Sharlinie
mstar.com.
PETALING JAYA: Pencarian kanak-kanak hilang Sharlinie Mohd Nashar, 5, yang masih menemui jalan buntu sejak 28 hari kehilangannya, mengundang rasa marah segelintir masyarakat terhadap usaha yang dilakukan pihak polis.
Antara yang menjadi kemarahan ialah tindakan polis yang tidak mengeluarkan waran untuk menjalankan pemeriksaan dari rumah ke rumah yang disyaki sejak lebih seminggu lalu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed yang mengulas perkara tersebut berkata polis akan digerakkan berdasarkan maklumat yang diterima dan tidak memerlukan waran untuk menjalankan pemeriksaan dalam kes tertentu seperti penculikan yang memerlukan tindakan pantas.
"Polis menerima banyak maklumat, jadi setiap maklumat itu akan dicari puncanya dan membuat pengesahan, selepas itu baru polis akan geledah lokasi tersebut tanpa perlu sebarang waran," katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini Rabu.
Beliau berkata pada polis Petaling Jaya telah menerima aduan daripada seorang pemanggil dari Kuala Selangor yang melahirkan rasa marah atas tindakan polis itu.
Arjunaidi berkata polis perlu bertindak pantas dan membuat pengesahan secepat mungkin dan ia tidak dapat dilakukan secara menyeluruh kerana bimbang suspek terlepas atau boleh membahayakan kanak-kanak tersebut.
"Kami harap masyarakat memahami tugas yang dijalankan serta memberi kerjasama sebaiknya untuk mengesan Sharlinie kerana polis sentiasa mencuba melakukan yang terbaik," katanya.
Beliau berkata mereka yang menghalang siasatan polis boleh dikenakan tindakan bergantung kepada keadaan dan polis, katanya sentiasa cuba melakukan tindakan selembut mungkin.
Sehingga kini, katanya sebanyak 24,000 premis telah diperiksa di sekitar Petaling Jaya dan usaha tersebut terus dijalankan termasuk mengedarkan poster Sharlinie di sekitar Petaling Jaya.
Bapa Sharinie, Mohd Nashar Mat Hussain pula yang ditemui di rumahnya di Taman Medan meminta maaf kepada masyarakat yang rumah mereka diperiksa bagi mengesan anaknya itu.
Sambil merayu memohon kerjasama masyarakat, Mohd Nashar juga meminta masyarakat memahami penantian dan keadaan keluarganya yang mengharapkan kepulangan anak bongsunya itu.
"Saya minta kerjasama diberikan kepada polis terhadap usaha yang dilakukan bagi mengesan Sharlinie dan minta maaf jika tindakan itu menyusahkan mereka," katanya.
Beliau yang masih berkeyakinan tinggi untuk melihat Sharlinie pulang dengan selamat turut menjalankan usaha mencari terutama di sekitar Lembah Klang.
"Saya yakin anak saya masih hidup, isteri saya Suraya Ahmad akan meminta saya keluar setiap hari mencari Nini dan kami berdua yakin Nini akan pulang," katanya.
No2umnO - Kalau wak pun tak berapa gemar dengan tindakan polis memasuki rumah tanpa waran. Kalau benar tujuan nya untuk mencari kanak kanak hilang tak per, tapi kalau ada lain tujuan dan muslihat. .... Sapa tau?
Tambahan lagi musim pilihanraya sudah semakin hampir. Mungkin serbuan dibuat untuk tujuan lain termasuk menjadi agen Barisan Nasional. Segalanya berkemungkinan. Bagaimana pula kalau alasan yang sama digunakan untuk menakut nakutkan penyokong pembangkang atau sebagainya. Kita bukan tak biasa dengan agenda polis dan pihak berkuasa ni...... Yang tak salah boleh jadi salah. Biasa tu. Banyak benda pelik kat Malaysia sekarang. Merompak pun boleh jadi. POLIS PUN FIKIRLAH SIKIT. TAKKAN ITU PUN TAK BOLEH PIKIR ......!!!
Feb 7, 2008
BETUL KE CARI SHARLINIE?
Labels: Belit Polis
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment