ihsanhusaini.blogspot
Cuti untuk hari raya cina bermula. Saya kini berada dalam perut bas Express Transnasional yang melenggang malas, dijana oleh enjin diesel 6 silinder berjenama Scania model 360 hp menuju kembali ke kampong halaman untuk meneruskan perjuangan. Menjadi kebiasaan bagi saya bila bermusafir atau dalam perjalanan, saya tidak berminat untuk berbual dan berborak seperti kawan-kawan yang lain. Bahkan saya lebih suka memerhati keadaan sekeliling sepanjang perjalanan.
Melalui jalan berbukit dengan pemandangan yang menghijau memang menenangkan mata si pemandang. Menyejukkan hati. Bukit-bukau yang masih belum ditarah dan digondol.
Memasuki lebuhraya, mata saya mula kuyu. Terasa bagai ditarik kelopak mata supaya dipejam rapat. Tambahan pula, kawasan sekeliling yang berdebu dek pembangunan kawasan baru. Melihat salah satu dari papan tanda yang besar berderet di tepi jalan tersebut, mata saya tiba-tiba menyegar. Tulisan itu betul-betul menarik perhatian saya.
“PROJEK KERAJAAN BARISAN NASIONAL”
Saya ingatkan, itulah satu-satunya papan tanda tertulis begitu, tapi meleset. Berpuluh papan tanda sedemikian. Bagus betul kerajaan Barisan Nasional. Mempeloperi projek-projek mega untuk kebahagiaan rakyat. Jarang-jarang terlihat slogan JKR, “jasa kepada rakyat”.
Saya pelik , termenung kehairanan. Sayup-sayup kedengaran deruman enjin meerah kuasa untuk mendaki sambil memotong kenderaan perlahan yang berada di sebelah kiri. Banyak betul jasa kerajaan BN, melebihi kerajaan Malaysia. Maknanya, banyak betul duit BN sampai boleh membiayai projek mega itu. Lagipun ini waktu untuk PRU. Banyak lagi duit yang perlu dilaburkan untuk jentera pilihanraya. Atau itu sekadar nama? Atau bagaimana?
Kalau itu betul-betul projek BN, memang banyak duit BN. Persoalannya, kenapa dana BN begitu kukuh dan banyak?
Kalau itu projek kerajaan Malaysia, kenapa dinamakan “Projek Barisan Nasional”. Dah la projek lebuhraya yang belum habis tempoh konsesinya. Kenapa zalim sangat. Duit kami rakyat biasa pun ada dalam kos pembinaan itu. Duit mamak yang tak mengundi pun ada. Duit Tok Guru pun ada. Duit ahli PAS, PKR pun ada. Kenapa BN sahaja yang dapat nama? Mana nama kami yang saban hari mambayar cukai dan tol-tol di lebuhraya. Atau projek tu langsung tidak menggunakan duit cukai dan duit tol kami? Maknanya guna duit kerajaan. Kenapa BN juga yang dapat nama? BN hanya parti pemerintah. Bukan kerajaan. Dalam projek kerajaan, duit yang digunakan adalah duit rakyat. Rakyat Malaysia bukan hanya pandai memangkah BN. Mereka ada pegangan da fahaman amsing-masing. Hormatlah sikit. Jangan jadikan projek sebagai agenda politik. Kalau di tulis projek KERAJAAN NEGARA MALAYSIA saya tak kisah.
Feb 7, 2008
Terima Kasih Barisan Nasional
Labels: Belit BN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment