Mahu tahu negara kita di dalam keadaan nazak atau tidak, imbau kembali insiden yuran sekolah yang menyebabkan seluruh negara menjerit. Kalau dahulu RM150.00 seorang murid bukan lah tinggi nilainya tetapi pada tahun ini ianya kelihatan sungguh membebankan.
INi berikutan kenaikan harga barang dan perkhidmatan disusuli dengan penuruan peluang perniagaan dan peluang naik gaji. Maka tanggungan rakyat semakin bertambah. Kenaikan dari semua segi, telah menyebabkan yuran yang tidak seberapa itu menjadi besar nilainya. Kos meningkat, pendapatan berkurang.
Hakikat ini sebenarnya diketahui oleh pemimpin negara. tetapi sifat mereka tidak berubah, sukar membelanjakan wang untuk rakyat kerana rakyat perlu cari sendiri wang untuk kehidupan masing masing. Semua wang hasil dari kutipan dari rakyat dan harta negara digunakan untuk pembangunan yang membazir serta menyaluran wang ke kantong kroni kroni UMNO untuk tujuan pilihanraya dan pengekalan kerusi dan kuasa bagi setiap calun mereka.
Selagi rakyat susah dan miskin, selagi itu lah rakyat akan meminta minta kepada kerajaan. Sekatan ini telah menyebabkan rakyat tidak mampu untuk bangun. Malah parti pembangkang juga sukar untuk menandingi mereka kerana kekurangan dana untuk berpilihanraya. Selagi rakyat mengharapkan bantuan, mata rakyat akan tertumpu kepada kerajaan kerana mereka gunakan wang lebih dari yang sepatutnya. Ditabur untuk pilihanraya. Tiada pembangkang yang boleh tandingi perbelanjaan mereka ketika pilihanraya.
Pilihanraya setiap 5 tahun sekali . Tempoh 4 tahun pertama selepas kemenangan, rakyat akan ditekan, semua kos akan meningkat, barangan akan naik harganya. Dan bakinya setahun akan digunakan untuk kembali memberikan sumbangan kepada rakyat. Tidak banyak tetapi dihargai. Kerana itu lah maka, syarikat syarikat besar negara akan menghulur bantuan kewangan beratus ratus juta kepada parti pemerintah untuk tujuan menyogok rakyat demi pilihanraya.
Manusia yang dah susah, bantuan yang sedikit pun nampak banyak. Kalau mahu bantu, biar pada yang tidak makan. Kalau rakyat tidak makan seminggu, diberikan nasi sepinggan, jasa kerajaan akan dikenang sampai ke mati dan kerana itu lah bantuan yang tidak seberapa kerajaan kepada rakyat pada saat akhir pilihanraya akan memberikan undian kemenangan kepada kerajaan. Selain undian, tipu helah pilihanraya sudah tidak boleh dihitung lagi.
Selepas kemenangan diperolehi, maka perkara yang sama akan berulang, projek di belasah, peruntukan dibaham, hasil minyak di pesong, bantuan disekat dan semuanya kerana rakyat tidak kisah semua ini berlaku.
Keadaan yang sama sudah berulang sejak 50 tahun dahulu. Rakyat yang bodoh dan bebal, tidak akan berjaya membongkar semua muslihat ini kerana mereka terlalu percaya kepada media dan bohong para pemimpin. Sebagai contoh betapa bodohnya kenyataan Dollah Badawi tentang tahap daya saing negara yang dikatakan sebagai tangga ke 6, diterima oleh sebilangan rakyat. Ini berlaku di depan mata sendiri dan bila ditanya tangga ke 6 untuk apa? Mereka sendiri pun tidak faham dan tidak berupaya untuk menerangkan. Bukan ke gila namanya.
Apa pun berlaku, yang menjadi kenyataan adalah sejak pemerintah Dollah Badawi, harga minyak dalam negara naik mendadak. Begitu juga dengan tol, barangan asas dan kos perkhidmatan. Ramai antara kita yang tidak sedar. Kerana ramai antara rakyat negara kita yang masih bodoh walaupun miskin, bingai walaupun sederhana dan sombong kerana kaya. Yang miskin tidak mahu lagi susah dan berharap agar ada kesedaran di dalam minda pemimpin Melayu untuk turun membantu mereka. Yang sederhana, cakap pandai tapi tidak tahu apa apa dan yang kaya menyalahkan orang miskin kerana tidak berusaha. Sedangkan ianya mempunyai kaitan dengan kelemahan barisan kepemimpinan negara. Tidak kurang juga yang mengaku pendekar tetapi pengecut dan bacul termakan propaganda kerajaan yang mengatakan bahawa kalau pemerintahan bertukar tangan, kekecohan akan berlaku. Hang Tuah kononnnn.....
Sikap rakyat kita sendiri yang menjadikan pemimpin negara sudah diberikan betis nakkan peha. Sudah diberikan 4 tahun mahu bertahun tahun. Sudah diberikan tanah seekar mahukan beratus ekar. Lantas kerana bertambahnya jumlah pemimpin yang tamak haloba di dalam Barisan NAsional, maka khazanah harta negara dan kemewahan negara tidak diagin sama rata. Ada pula tawkey Cina yang menggunakan wang untuk menjatuh dan menaikkan seseorang itu agar semua yang berada di atas adalah dikalangan yang memihak padanya. Jika tidak, Vincent Tan tidak akan menjadi manusia terkaya di Malaysia dan jika tidak, masakan kehakiman negara sudah hancur seperti sekarang. Semuanya gara gara pemimpin yang tidak bertanggung jawab.
Kini peluang datang sekali lagi. SPR sudah jelas memihak kepada kerajaan. Suruh berubah tidak mahu kerana sudah disogok dengan janji kerajaan. Besar dan hebat mana janji pemimpin kepada SPR, kita tidak tahu. Tetapi sanggup menjadi kambing hitam dan dikutuk rakyat kerana SPR tidak pernah menjadi adil dan tidak pernah berusaha untuk menjadi lebih telus.
Ada pihak yang mahukan kerusi pembangkang bertambah. Cukup sekadar proses 'check and balance' berlaku, tetapi pada aku, aku mahu semua kerajaan yang ada sekarang tumbang. Tukar kerajaan, cari pemimpin yang baru. Maju pada minda. Contohi rakyat luar negara yang berani berubah.
Siapa salah dia kena, siapa malas kita singkir, siapa yang tidurnya lebih, kita pecat. Jangan buang masa kerana sesungguhnya kita tidak cukup masa untuk merubah segalanya kerana harta negara semakin berkurangan dan akhir nanti, rakyat tidak akan dibela kerana semua pemimpin yang ada sekarang adalah jenerasi pengkhianat yang kerjanya untuk merosakkan negara dan mengkudakan rakyat.
Pilihanraya negara kita adalah satu kaedah yang tidak pernah adil tetapi apa pilihan yang kita ada? Kalau ikutkan kata hati, BOIKOT SAHAJA PILIHANRAYA. Tapi kita perlu terima hakikat bahawa DEMOKRASI BODOH adalah untuk RAKYAT YANG BODOH.
Feb 7, 2008
DEMOKRASI BODOH adalah untuk RAKYAT YANG BODOH
Labels: Democrazy
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment