MANA BERITA KORUP KERAJAAN PAS?
Aku tunggu jugak kalau kalau ada berita tentang isu korupsi pemimpin PAS atau KEADILAN. Tapi sehingga sekarang tiada kerana memang ianya tiada. Yang memenuhi ruang blog dan internet adalah berkenaan korupsinya kepimpinan UMNO. Bukan satu bukan dua tapip hampir semua. Begitu juga MIC yang bergelumang dengan budaya samseng mereka.Manakala pemimpin MCA dengan isu skandal seks 15 minit bekas pemimpin mereka.
Manakala kita sekarang sedang menanti munculnya video aksi pemimpin GAY yang dikatakan bukan dari pemimpin MCA atau MIC. Semuanya semakin panas. Terima kaseh pada blog dan internet yang berjaya sekurang kurang merealisasikan demokrasi sebenar. Nak harapkan media arus perdana dan swasta di Malaysia, tak ubah macam pak kaduk yang sanggup jaja cerita bohong menggadai negara.
Tanpa internet, kita tak tahu tentang isu VK LINGAM, isu LESBIAN, SEKS GAY PEMIMPIN, Kes Soi Lek dan temannya, Kapal terbang RM200 juta, Kapal layar berjuta juta, percutian ke Australia, persekongkolan pihak berkuasa dan penjenayah, senarai nombor IC yang mengelirukan di dalam senarai undian, Rumah istana pemimpin UMNO dan macam macam lagi.
Bayang kan lah, sebahagian dari cerita tersebut sudah pun sampai ke pengetahuan orang kampung dan rakyat jelata. Akhbar arus perdana pun sudah tak lakukan lagi. Rakyat lebih selesa dengan berita blog dan internet sementara menanti kalau kalau pemimpin pembangkang anjurkan ceramah di serata Malaysia.
Tak sabar rasanya menanti pilihanraya tahun ini. Tapi jangan leka kerana mungkin ada yang terkezut dengan surprise SPR ketika hari mengundi nanti kerana SPR terus menjadi alat untuk berbohong dan mengkhianat rakyat. Tahun ini kita serikan pilihanraya ke 12 dengan berita korup dan pengkhianatan pemimpin Barisan nasional. Biar semua orang tahu.
Feb 7, 2008
SERIKAN PILIHANRAYA DENGAN BERITA PEKUNG PEMIMPIN BN
Labels: Bongkar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment