KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 7, 2008

Umno yang sebenarnya tolak Negara Islam


Abdul Halim Mohd Rashid
harakahdaily

KUALA LUMPUR, 7 Feb (Hrkh) - Editor Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin menggambarkan Umnolah pihak yang sebenarnya tidak mahukan Negara Islam.

Berdasarkan jumlah kerusi yang akan ditandingi oleh PAS, beliau menekankan, PAS tidak boleh menjadikan Malaysia sebuah Negara Islam.

"Kita lihat saja nanti adakah gerombolan anti-Islam akan terus menghentam PAS. PAS akan bertanding hanya 60 kerusi dari 222 kerusi. Sedangkan, PAS perlu menang sekurang-kurang 149 kerusi untuk mendapat majoriti dua pertiga di dalam parlimen," kata beliau dalam tulisannya yang bertajuk "The people are the boss" (klik di sini).

Hanya dengan majoriti dua pertiga atau 149 kerusi barulah PAS dapat meminda Perlembagaan dan menjadikan Malaysia sebuah Negara Islam, katanya lagi.

"Hanya Umno yang boleh melakukannya kerana Barisan Nasional menguasai dua pertiga kerusi di dalam Parlimen dan Umnolah yang menentukan apa yang boleh dibuat oleh Barisan Nasional. Umno ialah Barisan Nasional dan Barisan Nasional ialah Umno," kata beliau sambil menekankan itulah satu-satunya hakikat mengenai Barisan Nasional.

Raja Petra yang pernah dianggap sebagai aktivis utama Parti Kedailan Rakyat (PKR), menyeru parti itu supaya membina sokongan berasaskan cinta dan bukan kebencian.

PAS bersatu kerana cinta iaitu perasaan cinta kepada Islam dan mereka yang mencintai Islam bersatu di bawah panji PAS, kata bekas tahanan ISA itu.

Seteruk mana pun keadaan yang berlaku, katanya lagi, "PAS akan tetap mendapat sejumlah sokongan selagi ada agama yang bernama Islam".

Bagaimanapun, beliau mempersoalkan: "Tetapi, faktor cinta apakah yang boleh dikemukakan oleh PKR untuk merobah sokongan berasaskan perpaduan kerana kebencian kepada perpaduan kerana cinta?"

Itulah masalah yang dihadapi oleh PKR, kata beliau, sama seperti masalah yang dihadapi oleh DAP apabila tiba-tiba kaum Cina berhenti membenci orang-orang Melayu dan memeluk cium rakan-rakan senegara mereka dan menyifatkan mereka sebagai saudara-mara.

Raja Petra mendakwa DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) "disatukan oleh kebencian".

"DAP mendapat sokongan dari kaum Cina yang membenci Melayu-Islam manakala PKR mendapat sokongan dari mereka yang membenci Tun Dr Mahathir Mohamad, sebahagian besarnya dari orang-orang Melayu,"
kata beliau, yang pernah menerajui Free Anwar Campaign ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjara dahulu.

"Saya rasa DAP boleh terus mendakwa wujudnya orang-orang Cina yang akan terus membenci Melayu atau Islam, oleh itu mereka akan terus dijamin untuk memenangi kerusi-kerusi serpihan," katanya.

Begitu juga PKR, Raja Petra mempersoalkan, adakah parti itu akan terus menikmati sokongan dari mereka yang membenci Dr Mahathir ketika bekas Perdana Menteri yang memecat Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri itu tidak lagi berkuasa?

Beliau juga menyeru pembangkang supaya bersatu dalam menghadapi pilihan raya akan sambil mendakwa rakyat sudah jemu dengan sikap ego parti pembangkang yang enggan bersatu.

No2umnO - Ada antara kaum di Negara kita yang tidak gemar dengan maufakat dan muhibbah. Bukan nak tuduh tapi siapa yang sebenarnya yang terus bersifat perkauman. Adakah Melayu, India atau Cina? Malah perkongsiaan peluang perniagaan juga tidak dapat dirasai sekiranya satu bangsa itu memperolehi peluang.

Ada pemimpin politik kaum ini yang tidak hentam pemimpin seteru bangsa Mereka. Mereka ini asyik menghentam bangsa lain. Aku tak gemor sangat dengan diorang ni. Dendam tak kesudah. Cakap Melayu perkauman tapi diorang lagi lebih. Yang mangkuk UMNO ni pun asyik ikutkan saja cakap mereka. Kononnya takut tak dapat kuasa, UMNO pun berikan apa yang mereka mau. Last sekali hidung pun kena cucuk la nampaknya.

Satu kaum ni memang cam tu, UMNO pun satu hal. Dia hentam bangsa dan pemimpin seugama denan dia. Kritik Islam UMNO yang berlebih lebih. Penyokong UMNO kena pakai otaklah. Fikirkan UMNO ni bangsa apa dan agama apa?

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive