KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 7, 2008

OTAK PENGARAHNYA DALAM BOTOL

Anu Siapa Dalam Botol?

KUALA LUMPUR, 5 FEB 2008: Selepas Haru Biru yang berkisar mengenai gejala segelintir anak-anak muda yang rosak akhlak, Raja Azmi Raja Sulaiman berhasrat untuk menerbitkan pula filem yang mengangkat kisah mengenai seorang transeksual yang akhirnya jatuh cinta dengan seorang wanita yang dikenalinya secara tiba-tiba.

Filem penuh daring yang menggunakan judul Botol Dalam Almari itu dijadualkan akan memulakan penggambarannya pada sekitar April ini dan difahamkan Shahdan Hashim (pengarah Haru Biru) sekali lagi akan bertindak sebagai sutradara.

Malah, apa yang menarik, produser filem tempatan yang tidak serik- serik dihambat kontroversi ini sama sekali tidak berhasrat untuk menayangkan filem berkenaan di Malaysia kerana sedar ia akan menimbulkan kontroversi.

Bagi mendapatkan pengesahan lebih lanjut, murai.com.my berusaha mendapatkan komen daripada Raja Azmi sendiri mengenai projek pembikinan filem itu.

"Benar. Memang saya tidak berhasrat untuk tayangkan filem ini di Malaysia nanti. Sebab, ia mungkin akan mencetuskan kontrovesi apabila adanya satu babak yang menonjolkan keadaan fizikal lelaki itu tanpa seurat benang pun selepas dia menukar jantina asalnya kepada seorang 'wanita'.

"Tidak mungkin pihak Lembaga Penapisan Filem (LPF) akan memberikan pelepasan untuk filem terbabit ditayangkan negara ini. Seandainya mereka berikan pelepasan pun, saya pasti babak itu nanti akan menjadi mangsa potongan LPF.

"Mungkin saya boleh terima keadaan itu. Tapi tanpa babak tersebut, filem itu nanti akan nampak macam tidak cukup jiwa," katanya secara eksklusif kepada murai.com.my.

Isteri kepada bekas pemain badminton negara, Jailani Sidek ini turut berkongsi cerita bagaimana dia memperolehi idea untuk menulis serta mencetuskan filem tersebut.

"Sebenarnya ia adalah sebuah kisah benar yang terjadi di kalangan orang yang saya kenali. Seorang sahabat baik kepada kalangan ahli keluarga saya sendiri. Disebabkan terpengaruh dengan gaya hidup beberapa rakan lelaki yang cenderung sangat untuk menjadi 'wanita', akhirnya dia mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan untuk menukar sifat fizikalnya itu.

"Sebaik saja menjadi 'wanita', dia tiba-tiba mengenali seorang lelaki dan akhirnya menjalinkan hubungan. Namun, akhirnya dia dikecewakan lelaki itu. Sehinggalah dia bertemu dengan seorang wanita, tiba-tiba jatuh hati dengan wanita itu.

"Disebabkan terlalu mencintai wanita itu, dia cuba meluahkan isi hatinya dan berterus-terang mengenai siapa dirinya yang sebenar. Tapi wanita manakah yang mampu menerima hakikat itu? Akhirnya dia menyesali perbuatannya itu. Tapi hendak buat macam kerana sudah terlambat untuk dia berpatah semula ke pangkal jalan.

"Moral daripada apa yang hendak saya ceritakan di dalam filem ini ialah fikir dahulu sebelum membuat sesuatu. Lebih-lebih lagi isu yang berkaitan dengan pertukaran jantina ini kerana kita tidak akan
tahu bila masanya hormon dan naluri lelaki akan kembali semula hingga membuatkan kita benar-benar jatuh cinta dengan seorang wanita," katanya.

Menurut Raja Azmi lagi, dia bersyukur kerana mendapat izin dan kebenaran daripada empunya diri untuk mengadaptasikan kisah benarnya itu ke layar perak.

"Apa yang membuat dia ingin memfilemkan kisah benarnya itu ialah kerana tidak mahu orang lain menerima kesan dan padah yang sama seperti apa yang dilaluinya. Malah, dia juga tidak mahu gejala menukar jantina yang dilakukan secara ikut-ikutan ini menjadi semakin berleluasa kerana suka tidak suka kita harus terima hakikat bahawa kita tidak boleh mengubah ciptaan Allah," katanya.

Skrip Botol Dalam Almari yang ditulis sendiri Raja Azmi ini turut dipersembahkan di dalam Bengkel Master Class yang dihadirinya sepanjang akhir tahun lalu di Lembaga Perbadanan Kemajuan Filem
Nasional (Finas), di Hulu Klang.

Apabila ia mendapat maklum balas yang cukup positif daripada tenaga pengajar yang menyifatkan ia sebagai sebuah skrip yang boleh dianggap sebagai award winning di festival luar, negara Raja Azmi terus bercadang untuk memindahkan ia ke layar perak.

Raja Azmi kini dalam usaha untuk mencari barisan pelakon yang sesuai vuntuk membintangi filem terbaru terbitannya itu. Namun, antara nama yang menjadi sebutan ialah aktor Rusdi Ramli.

Ditanya mengapa dia memilih Botol Di Dalam Almari (judul asal dalam bahasa Inggeris iaitu Bottle In A Closet) sebagai judul filem ini, Raja Azmi berkata, ia adalah simbolik kepada penceritaan filem itu.

"Apa yang ada di dalam botol itu ialah alat kelamin yang menjadi milik lelaki yang sudah menukar jantinanya itu," kata Raja Azm.
No2umnO - Pengarah filem kat Malaysia ni sudah ketandusan idea. Cuba melahirkan filem yang dirasakan boleh meraih keuntungan tanpa memikir kesan. Bila dipersoal, bermacam macam helah yang akan keluar. FINAS pulak, tak reti buat kerja. Asyik buat keputusan bodoh. Yang boleh tayang, dia tak tayang. Yang tak boleh tayang, dia tayang. Korang semuani nanti kalau mati jawab jer la.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive