KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 12, 2008

4th FLOOR CONSPIRACY

ALLAH S.W.T TELAH MAKBULKAN
road2election

Merujuk kepada kenyataan bekas menteri penerangan, Dato Zainudin Maidin maka sah dan sahih apa yang difikirkan dan dirisaukan oleh seluruh rakyat Malaysia termasuk bekas PM Tun Dr Mahathir.Dan perkara ini saya telah dapat hidu selepas menilai tiap-tiap calon UMNO(BN) khusunya calon-calon baru.Calon-Calon baru ini adalah pro 'seorang lelaki' yang gilakan kuasa dan bercita-cita besar dalam gelombang politik tempatan.
Calon-calon yang pro 'Lelaki Ini' diharap dapat membantunya pada Perhimpunan Agong UMNO akan datang.Supaya segalanya dapat tertunai dengan mudah.
Pakatan ini telah diketahui umum lebih-lebih lagi selepas pendedahan demi pendedahan yang dibuat oleh Tun Dr Mahathir mengenai kuasa 'LUAR BIASA' yang dimiliki oleh 'Lelaki Ini'.Tahukah anda apa sebenarnya yang membuatkan orang-orang cina menyebarkan maklumat supaya kaum cina hanya mengundi calon-calon cina tanpa mengira parti pada PRU 12 yang lalu?

Kaum cina amat faham dan cekap menghidu sikap 'Lelaki Ini' yang pernah didakwa oleh Tun Dr Mahathir sebagai bersikap perkauman.Dan mereka, kaum cina ini bimbang jika 'Lelaki Ini' berjaya secara total pada PRU 12 dan bimbang akan lahir 'THE NEXT PM' yang tebal sikap perkaumanya.

Berkat usaha serta doa dari pelbagai lapisan masyarakat, maka berlakulah gelombang TSUNAMI yang menumbangkan GERAKAN, melemahkan MCA dan MIC serta MENEMPANGKAN UMNO.

Saya yakin, ada dikalangan ahli UMNO sendiri yang gembira dengan TSUNAMI ini.Terutama bagi calon-calon yang berjaya melepasi cabaran TSUNAMI.Mereka telah maklum dan hanya berdoa agar cita-cita 'Lelaki Ini' tidak kesampaian.Kerana masing-masing ada agenda peribadi dan rasa tercabar bila hadir satu 'PAKATAN' yang mampu menikam kerjaya mereka sendiri.

Kini segala yang dirancang telah hancur-lebur dek penangan TSUNAMI yang banyak menghanyutkan calon-calon pro 'Lelaki Ini'.
Lalu semuanya berubah menjadi sedikit Demokrasi (MEDIA) terutama ucapan-ucapan keangkuhan sudah tidak kita dengar lagi kecuali Rafidah Aziz yang masih angkuh dengan menyalahkan sikap pengundi.

Media cetak hari ini memainkan sentimen dengan merujuk penghapusan DEB di Pulau Pinang.Walaupun DAP menjanjikan kesaksamaan kepada semua kaum serta ketelusan dalam pemberian tender.Malah DAP bakal membuka sebuah laman web khas untuk tender-tender yang bakal dibuka dengan pengkhususan kepada pemegang lesen yang didaftarkan di Pulau Pinang.Kita perlu lebih positif dari 'MENANTI dan MENDAKWA' sesuatu sebagai negatif.

Saya nak tanya....selama ini, adakah rakyat melayu dibawah ini merasa
dan menikmati DEB?
Bukankah DEB hanya mengayakan mereka-mereka yang berada diatas?
Malah Tun Dr. Mahathir sendiri merasakan bahawa pertumbuhan 6% ekonomi negara tidak memberi nikmat kepada rakyat kerana dasar-dasar kerajaan.

Kerajaan lebih sibuk dengan KORIDOR-KORIDOR yang kononya bakal merubah dan memajukan orang-orang melayu.Dalam masa yang sama rakyat dihimpit dan tertekan dengan peningkatan kadar inflasi akibat kenaikan harga Petrol sekaligus meningkatkan kos sara hidup terutama bagi penduduk dibandar-bandar yang terpaksa melaluinya juga dengan tekanan tambahan akibat kenaikan TOL.

Disebabkan itu, maka berlaku TSUNAMI diKuala Lumpur dan bandar-bandar maju diSelangor.Dengan tambahan keangkuhan sikap MB Selangor dalam pentadbiranya yang penuh dengan birokrasi dan kronisme.Beliau naik secara tiba-tiba dan turun dengan hanya '1 RENTAPAN'.Kini hanya tinggal TEMPE dan PENYAPU sebagai sebuah kenangan terindah.

Sikap media tradisional juga terlalu melampaui batasan sehingga menjelikan.
Tiap hari akan ada perkatan "PEMBANGKANG SEMAKIN TERDESAK", AHLI KELUAR PARTI DAN DRAMA PENDEK BERUNSUR SABOTAJ TERHADAP PEMBANGKANG.Walhal media era digital semakin menguasai rakyat yang akhirnya berjaya membawa 1 mesej selamat kecuali ditempat-tempat tertentu khusunya dikawasan pedalaman.

Kini selepas TSUNAMI, barulah kita dengar suara-suara dari media tradisional bahawa DSAI masih relevan dan media tradisional ini juga mula berani menyampaikan kebenaran yang mahu disampaikan oleh 'Mereka-Mereka Yang Sekian Lama Telah MENGKRITIK Sistem Pentadbiran Pak Lah'.

Berbalik kepada isu 'Lelaki Ini', Zainudin Maidin dalam kenyataan berlapiknya mendakwa ada pakatan terancang dari golongan muda yang mahu mentadbir negara ini.Namun beliau tidak mahu mengulas lanjut mengenainya.
Saya yakin, mesej yang dituju adalah 'PAKATAN TINGKAT 4 PUTRAJAYA' yang dikepalai oleh menantu Imam Hadhari, KHAIRY JAMALUDIN.
Semua warga Malaysia tahu dan yakin bahawa KJ menggangu pentadbiran Pak Lah dengan pelbagai jalan dan cara.

Apa akan terjadi jika 'PAKATAN KJ' berjaya mencapai cita-citanya?
Sedangkan kita tahu siapa dianya KHAIRY ini.

Hal ini sudah saya bangkitkan pada penulisan Jumaat lalu,
sehari sebelum hari membuang undi.Ternyata doa rakyat Malaysia telah DIMAKBULKAN OLEH ALLAH S.W.T.
Kemenangan BA (PAS, PKR, DAP) adalah lebih SELAMAT dan menjamin masa depan bangsa Malaysia.Kini giliran kita mempertahankan keputusan TSUNAMI ini dari sebarang ancaman termasuk yang berbaur PERKAUMAN.

Dikawasan saya sendiri sudah mula menunjukan tanda-tanda unsur perkauman dengan dakwaan bahawa 'HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU DAN ISLAM' sudah mula hilang serta kendur.Tetapi golongan yang membawa 'ISU' ini masih berurusan dengan 'TAUKE-TAUKE JUDI EKOR HARAM'.Barangkali ini dinamakan kemesraan antara kaum.Tengah malam mereka kepusat-pusat hiburan ALA-BARAT dan pulang dengan ketidakwarasan lagi.Ini juga dinamakan sebagai memelihara hak ISLAM (HADHARI) barangkali.

Apa guna menjaja 'ISU BAHAYA' sebegini jika
hidup lebih hina dari orang bukan ISLAM?

Saya tahu bahawa golongan sebegini sebenarnya adalah golongan yang berkepentingan dan tertinggal kepentinganya pada pentadbiran kerajaan lama yang telah tumbang(KRONISME).Bimbang kalau-kalau kerajaan baru membuatkan mereka ini 'TERJONGKIT'.Jika kita menerima apa-apa mesej yang boleh meruntuhkan dan menghancurkan keadaan negara ini, maka selidikilah dahulu.Jangan kita 'CEPAT MELATAH'.
Terima kasih kepada Tun Dr. Mahathir, DSAI dan KEPIMPINAN PAS serta individu-indivudu lain yang berjaya menghidu serta mendedahkan taktik dan permainan KJ selama ini.
Dan pendedahan nama-nama besar dalam pelbagai skandal yang sehingga kini tidak dapat dijawab lalu menimbulkan pelbagai tanda-tanya dan persoalan dijiwa rakyat MALAYSIA yang sememangnya cintakan keamanan dan keharmonian.

SEMOGA ALLAH S.W.T MEMELIHARA JIHAD KITA DEMI AGAMA, AL-QURAN DAN SUNNAH RASULULLAH S.A.W DARI SEBARANG KEHANCURAN.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive