msomelayu
RAMAI yang tertanya-tanya apakah sebab musabab maka Idris Jusoh masih belum menghadap Pemangku Sultan Terengganu untuk mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar. Tanda tanya menjadi semakin besar apabila majlis yang dikatakan sepatutnya berlangsung Isnin lepas dibatalkan saat-saat akhir atas alasan teknikal.
Satu sumber dari Terengganu mungkin boleh menjawab persoalan dan masalah yang dihadapi Idris Jusoh itu.
Katanya tujuh ketua bahagian di Terengganu telah menghantar satu memorandum kepada Presiden Umno Abdullah Ahmad Badawi yang meminta agar khidmat Idris Jusoh tidak disambungkan lagi.
Memorandum itu katanya turut dihantar kepada Yang Dipertuan Agong, Tunku Mizan Zainal Abidin.
Gara-gara memorandum itu menyebabkan nama Idris Jusoh dikatakan digugurkan daripada menjadi Menteri Besar Terengganu di saat-saat akhir.
Tujuh ketua bahagian yang menghantar memorandum itu adalah antara mereka yang tidak dicalonkan dalam pilihan raya lepas. Mereka termasuk Abdul Rahman Bakar (Kemaman), Tengku Putra Awang (Hulu Terengganu), Rosli Mat Hassan (Dungun).
Dalam memorandum itu juga mencadangkan nama Ahmad Said (Adun Kijai) untuk dilantik menjadi MB menggantikan Idris Jusoh.
Sementara itu dalam perkembangan lain Idris dikatakan sudah maklum yang beliau tidak diperkenan oleh Sultan Terengganu untuk menjadi MB. Justeru beliau dikatakan telah menamakan Rosol Wahid (Adun Ajil) sebagai penggantinya.
Sementara itu pembentukan Kerajaan baru Perak hari ini menyaksikan Adun Pasir Panjang Ir Mohd Nizal Jamaluddin telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak yang baru petang ini.
Dengan perlantikan Mohd Nizal itu kemelut penubuhan Kerajaan baru Perak dikira selesai.
Mar 12, 2008
Mengapa Idris Jusoh Belum Angkat Sumpah Sebagai MB?
Labels: ALAHAI IDRIS ....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment