KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 12, 2008

DOLLAH TAKKAN LETAK JAWATAN SELAGI ....

Radenjowo

Bila dah lama berada di dalam UMNO dan BN, menyebabkan seseorang itu menjadi kebal kepada undang undang. Walaupun konon kononnya undang undang itu adil tetapi hakikat sebenar, undang undang negara sudah lama di beli dengan kuasa oleh pemerintah pemerintah yang zalim. Maka dengan dasar yang diamalkan oleh parti dominan selama 50 tahun ini, maka perebutan berlaku untuk menjadi kepimpinan tertinggi. Kalau hanya bersandarkan kepada tanggung jawab dan amanah, tidak ramai berminat.

Bila BN kalah teruk pada pilihanraya tahun ini, orang ramai berharap agar Dollah Badawi meletakkan jawatan. Harapan rakyat bersandarkan kepada isi hati DOllah samaada mahu ikut kata rakyat atau tidak. Persoalan yang timbul adalah sejauh mana keselamatan diri, keluarga dan kroni dapat di jamin. Ketika ini lah lahirnya sikap tanggung jawab sebenar Dollah dimana sebelum ini tidak pernah terfikir akan kepala otak benak seorang pemimpin.

Seperti yang di tulis oleh Datuk Kamal Amir di dalam artikelnya: Kenapa Dolah takut berundur?

Ada di sebut oleh Kamal Amir, banyak perkara bermainan di dalam kepala untuk Dollah letak jawatan. Termasuklah soal yang berkaitan dengan menantunya, anak lelakinya dan dirinya sendiri. ECM LIBRA, SCOMI dan OIL FOR FOOD sudah cukup alasan untuk beliau terus memegang kuasa sehinggalah ada seseorang yang akan memberikan jaminan, diri dan semua yang terbabit tidak diambil tindakan.

Budaya kepimpinan UMNO dan BN memang seperti itu. Rasanya Mahathir sendiri pun turut melakukan perkara yang sama sebelum ABdullah menjadi PM. Lantas kerana usaha itu maka urusan BAIL OUT syarikat anak anak nya tidak pernah di kacau oleh Pemerintahan Dollah sehingga sekarang. Hentam boleh....tapi soal rasuah jangan sebut. Atau ianya ada kaitan semua pihak, yang dulu dan sekarang. Kerana itu, bila menyerang, Mahathir tidak pernah sebut pasal minyak untuk makanan di Iraq. Kau tau, aku tau, dan semua orang tahu.

Yang cuba tutup, yang menutup dan yang ditutup semuanya sama. Harap jangan ada desas desus pemimpin BA akan bersekongkol untuk tutup isu rasuah pemimpin BN kalau ada peluang kuasa ditawarkan.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive