KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 12, 2008

Ramai kecewa Kit Siang mahu pulau majlis angkat sumpah MB Perak

lim kit siang 030606Oleh Malaysiakini
Rabu, 12 Mac 2008

TOKOH utama DAP Lim Kit Siang meluahkan bantahannya, dan jawatankuasa eksekutif pusat, terhadap pelantikan wakil rakyat PAS sebagai menteri besar Perak yang baru.

Adun PAS (Pasir Panjang) Mohamad Nizar Jamaludin dilantik sebagai menteri besar Perak selepas wakil tiga parti pembangkang - DAP, PKR dan PAS - menghadap Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah petang tadi.

Dalam kenyataannya yang diedarkan kepada media, Lim berkata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP tidak akan menghadiri majlis mengangkat sumpah menteri besar Perak esok sebagai bantahan.

Sebaliknya, tambah Lim, DAP bersedia menerima pelantikan pengerusi DAP Perak Ngeh Koo Ham (Adun Setiawan) atau Jamaluddin Mohd Radzi (Adun PKR Behrang) sebagai menteri besar Perak.

Pendirian Lim ini turut dimuatkan di blognya http://blog.limkitsiang.com dan sekali gus menimbulkan gelombang penolakan para penyokong terhadap sikapnya itu.

Purata 1.3 ulasan pembaca dilontarkan di kaki kenyataannya itu dalam tempoh seminit, majoriti kecewa, marah atau tidak selesa dengan pendirian Lim.

Sejak kenyataan itu dimuatkan pada 7:20 malam ini, kenyataan Lim menerima 271 ulasan pada 10:46 malam.

Ulasan terakhir (setakat berita ini ditulis) seseorang dengan nama samaran 'devilonpois' berbunyi:

Dear bloggers…, we have been throwing all our words from deep heart... Have all the messages being conveyed? Is there any of those who today becoming MP/ADUN/etc... getting our message? Have they forgotten what they are fighting for before 8 March?

(Rakan penulis blog semua, kita telah melontar coretan kita semua dari dasar hati kita ... Apakah mesej ini telah disampaikan? Apakah ada orang-orang yang menjadi ahli parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri dan lain-lain ... menerima mesej kita ini? Apakah mereka sudah melupakan apakah yang mereka perjuangkan selama ini sebelum 8 Mac?)

3 comments:

UsZuNati said...

kenapa begitu angkuh sekali cakapmu wahai lim kit siang...matlamat kita adalah satu..utk menghancurkan penyalahgunakuasa yg ada...sama2 kita membangunkan rakyat dengan erti keadilan dan kemakmuran..tiada erti yg lain melainkan "UNTUK SEMUA'

Anonymous said...

WTH la with this old man. nyanyuk ke apa?? nasib baik x ngundi DAP ari tu... undi pas tp still kawasan aku khir toyol menang jugak... hoho...

Anonymous said...

itukan pemikiran org tua yg berkarat(besi roket kit siang dah lama dah...) .jgn ambil hati.pemikiran anak2 muda sekarang dah terbuka,bijak menilai.

Posting terkini

Blog Archive