KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 12, 2008

KIT SIANG BANTAH SULTAN !!!

Kit Siang bantah Nizar MB Perak
malaysiakini

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP tidak akan menghadiri majlis mengangkat sumpah menteri besar Perak yang dijadualkan diadakan esok.

Bantahan ini ditegaskan oleh tokoh besar DAP Lim Kit Siang kerana jawatankuasa eksekutif pusat parti itu tidak merestui pemilihan Adun PAS di Pasir Panjang, Mohamad Nizar Jamaludin, sebagai menteri besar Perak.

Sebaliknya, kata Lim, parti itu bersedia untuk menerima pelantikan pengerusi DAP Perak Ngeh Koo Ham (Adun Setiawan) atau Jamaluddin Mohd Radzi (Adun PKR Behrang) sebagai menteri besar Perak.

Dalam satu kenyataannya hari ini, Lim berkata jawatankuasa pusat DAP telah merestui penubuhan kerajaan campuran di Perak yang diketuai oleh DAP atau PKR, dan bukannya oleh PAS.

No2umnO - Blog Lim Kit Siang dan Raja Petra sukar di tembusi. Isu ini menimbulkan kemarahan ramai pihak. Rakyat pulang ke kampung dan berkempen mengundi demi untuk menjatuhkan BN, Bukan kerana DAP, bukan kerana PKR atau PAS. Kita mahu perubahan kepimpinan. Jangan buat kecoh nanti heboh.

Dari awal lagi, wak ada rasa tidak sedap hati dengan 2 individu politik. Ianya termasuk Lim Kit Siang dan seorang lagi wak tak perlu nak sebut. Kalau dua mangkuk ini campur tangan, Malaysia akan kecoh. Tapi kita nantikan kata boss boss dulu. Jangan melompat. Simpan tangan, simpan kaki.......Kalau lampu hijau, baru kita bangun. Tolong cam muka LIM KIT SIANG. Ingat ... jangan dengar berita Perdana tentang perkara ini.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive