KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 12, 2008

MISSING: White-Haired Baboon from Municipal Council.



mob1900

No2umnO - Sumpah !!! POster ni Bukan aku yang buat.

2 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum wbt....

Nampaknya keputusan pilihanraya telah menjadikan rakyat Malaysia terlalu 'exiced'. Umpama orang yang lapar yang disuakan makanan. Makan dengan gelojoh.... lupa bismillah....lupa halal haram..... lupa racun penawar...Menerima perubahan tanpa perasaan syukur dan berhati-hati. Sebenarnya tiada tahniah kepada sama ada BN atau BA. Tiada tahniah kepada BN kerana selama ini 'kurang berjaya' dalam melaksanakan aspirasi dan mandat rakyat. Tiada tahniah buat BA kerana anda masih belum membuktikan apa-apa lagi kepada rakyat. Jika kita terlalu 'excited' dengan keputusan ini, kita mungkin 'expecting too much'. Jangan gadaikan keamanan dan kemakmuran sedia ada untuk harapan yang belum pasti. Jangan letakkan harapan yang hanya untuk kita sahaja seolah-olah tidak wujud manusia lain di sekeliling kita. Kejar harapan dengan perancangan yang 'realistic' bukan dengan nafsu dan perasaan. Ingat, pemimpin dan kepimpinan boleh ditukar tetapi 'damages will remain for long.' Bumi ini masih bertuah kerana menerima kehidupan pelbagai bangsa yang boleh hidup dengan aman dan bertoleransi. Jangan ditukar kehidupan ini dengan impian yang keterlaluan sehingga satu hari nanti kita akan menjadi PELARIAN/PENDATANG ASING di bumi orang.

Mudah-mudahan masih ada berkat kehidupan di bumi bertuah ini.

Anonymous said...

Saya amat bersetuju dengan anonymous, dalam kegembiraan semua pihak kerana menang menewaskan BN, kita juga kena sedar bahawa segalanya masih baru, kita tidak dapat menjangkakan apa akan berlaku selepas ini, semua nya telah berusaha keras untuk menang, kempen siang malam,masing-masing mengharapkan kemenangan berpihak kepada mereka, kita sebagai pengundi, hanya menilai semua ini dari akal fikiran kita ,dan berdoa agar pilihan yang kita buat pada 8hb March adalah yang terbaik, jesteru itu, kita haruslah lebih bersabar dan menunggu kerajaan2 baru terbentuk dan hasilnya akan kita lihat bersama-sama untuk tempoh 4 tahun akan datang..jangan lah kita terlalu mengharap keajaiban akan berlaku serta merta, peluang dan ruang perlu diberikan kepada mereka yang telah kita pilih.,hargailah undian kita dan berdoa agar pemimpin baru kita dapat merealisasi kan apa yang telah di janjikan walau pun tidaklah 100% sekurang2nya rakyat dapat merasai perubahan kerajaan ini ke arah lebih baik dan pentingnya mendapat ke redhaan allh s.w.t, ingatan pada diri sendiri dan kawan2 , kita orang melayu harus muhasabah diri , nilai diri kita dahulu sebelum kita menunding jari pada orang lain...benarkah kita pada setiap tindak tanduk kita?? amanah kah kita pada tanggung jawab kita? jujurkan kah kita pada setiap perkataan kita? hanya allah yang tahu...

Posting terkini

Blog Archive