klpos.com
Oleh Mohd Sayuti Omar
Jumaat, 28 Mac 2008
PERPECAHAN dan kerosakan didalam Umno hari ini semakin parah tidak boleh dinafikan oleh sesiapa dan tidak boleh disembunyikan lagi.
Jika bangkai ia sudah berbau, kebusukannya sudah memasuki ke bilik tidur orang ramai.
Di mana-mana orang memperkatakan dan memerhati apa yang berlaku dan menimpa Umno pada masa ini.
Sehubungan itu kedudukan Abdullah Ahmad Badawi sebagai Presiden Umno dan PM juga turut sama terjejas. Semakin hari kedudukannya semakin lemah dan tercabar.
Apa yang sedang dilakukan oleh ‘gundik-gundik’ beliau dalam Umno nampaknya tidak menjadi.
Kemelut dan perebutan kuasa (jawatan MB) di Terengganu seakan sedang membawa satu bala besar kepada Abdullah. Kredibilitinya tercabar dan kuasa Umno yang diperolehi menerusi demokrasi juga tidak lagi dihormati.
Apa sebab dan kerana apa menyebabkan istana Terengganu tidak bersedia menerima calon MB, Idris Jusoh yang dicadangkan Abdullah itu soal lain.
Yang jelas bahawa beliau sudah tidak dihormati lagi.
Menyedari itu para gundik Abdullah sedang berusaha. Padangan secara peribadi, berkumpulan dan menerusi bahagian Umno dilontar dari segenap penjuru.
Cara ia dibangkitkan seperti ianya dirancang demikian rupa untuk mempertahankan Abdullah.
Begitu pun segala pandangan dan resolusi itu tetap tidak memberi kesenangan dan keselesaian kepada Abdullah.
Dunia melihat beliau makin tercabar dan lemah. more...
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
3 hours ago
0 comments:
Post a Comment