KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 28, 2008

PM dikhabarkan pengaruhi Idris buat salah - Dr M


KUALA LUMPUR, 28 Mac (Hrkh) -Rakyat Terengganu mengesyaki kesemua kontrak untuk melaksanakan projek-projek di negeri itu diberikan kepada orang tertentu yang mendapat sokongan anggota keluarga Perdana Menteri manakala Perdana Menteri pula dituduh mempengaruhi bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh supaya "melakukan kesalahan", kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas Perdana Menteri mengaitkan rasa tidak puas hati tersebut dengan keengganan Sultan Mizan Zainal Abidin menerima perlantikan semula Idris sebagai Menteri Besar seperti yang cuba dipaksakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melalui pelbagai tindakan orang-orangnya yang disifatkan oleh Ketua Umno Bahagian Cheras sebagai "kurang ajar".

Rabu lalu, Utusan Malaysia melaporkan Setiausaha Badan Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Rosol Wahid berkata: "�Kita tunggu arahan daripada presiden (Abdullah). Apa saja yang presiden minta... apa yang dibuat sekarang pun adalah atas arahan presiden".

Mengulas lanjut mengenai keengganan Sultan Terengganu itu, Dr Mahathir berkata: "Mesti ada sebab mengapa Sultan enggan menerima calon yang dinamakan oleh parti. Tetapi baginda memilih untuk tidak menyatakan sebab-sebabnya dan mendedahkan diri kepada perdebatan umum.

"Baginda hanya menyatakan rasa tidak senang dengan keengganan baginda melakukan apa yang biasanya dilakukan oleh Sultan-Sultan".

Rakyat yang prihatin, katanya, mesti bertanya apakah kesalahan yang dibuat calon Menteri Besar tertentu sehingga mencetuskan kemurkaan Sultan. more...

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive