KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 28, 2008

Penderhaka tidak sepatutnya jadi PM

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak sepatutnya menjadi Perdana Menteri kerana beliau telah mengarahkan satu 'perang terbuka' ke atas Sultan Terengganu yang juga Yang di-Pertuan Agong, kata Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub.

"Adalah tidak munasabah pemimpin sebuah parti derhaka seperti Umno untuk memimpin negara yang diketuai oleh raja yang diderhakainya," kata beliau.

Pemuda PAS, katanya, melihat semua bentuk penderhakaan dan kebiadaban Umno Terengganu adalah didorong oleh arahan tersebut.

"Politik derhaka Umno Terengganu mempunyai kaitan yang rapat dengan arahan Presiden Umno tersebut ... Presiden Umno mesti dikenakan tindakan undang-undang," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu.

Rabu lalu, Utusan Malaysia melaporkan Setiausaha Badan Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Rosol Wahid berkata: "�Kita tunggu arahan daripada presiden. Apa saja yang presiden minta... apa yang dibuat sekarang pun adalah atas arahan presiden".

Salahuddin berkata, perbuatan biadab dan derhaka 23 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional kerana mematuhi arahan Abdullah itu kemudiannya mencetuskan perbuatan biadab penyokong mereka. - Harakahdaily

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive