KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 28, 2008

Rakyat Menjunjung Kasih

Rakyat Menjunjung Kasih Tidak Berbelah Bagi Akan Sambut Kepulangan Tuanku
buletinonline

The image “http://buletinonline.net/images/berita2/kempenttmampat.gif” cannot be displayed, because it contains errors.

Kuala Terengganu, 27 Mac – Semua rakyat Terengganu diseru melapangkan masa menjunjung kasih yang tidak berbelah bagi, bagi menyambut kepulangan Tuanku Mizan, Sultan Terengganu.

Pengerusi Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat), Mohamad Fauzi Abu Samah berkata sambutan itu adalah untuk menyatakan sokongan seluruh rakyat jelata, penduduk negeri itu terhadap baginda.

"Kita harap semua rakyat Terengganu yang mempunyai kelapangan supaya sama-sama menyambut kepulangan baginda pada hari berkenaan," katanya ketika sidang media terbuka MAMPAT sempena pelancaran Pelancaran Pengumpulan Tandatangan Sokongan dan Pembahagian Riben Kuning perkarangan Masjid Tengku Tengah Zaharah (MasjidTerapung) Kuala Ibai, dekat sini.

Tuanku Mizan Zainal Abidin dijadual tiba jam 10 pagi dan akan disambut besar-besaran di Lapangan Terbang Sultan Mahmud di sini Sabtu ini.

Bernama didalam laporannya menjangkakan lebih 10,000 penduduk Terengganu dijangka menyambut keberangkatan pulang Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin

Tuanku Mizan Zainal Abidin dijangka berada di Terengganu bagi menyertai FEI/ISN/EAM-Malaysian Endurance Circuit 2008 di Terengganu International Endurance Park, Lembah Bidong, Setiu pada Sabtu ini.

The image “http://buletinonline.net/images/berita2/kempenttmampat1.gif” cannot be displayed, because it contains errors.Sementara itu kempen tandatangan sokongan yang dilancarkan oleh MAMPAT telah mendapat sambutan hangat.

Sehingga jam 6.30 petang kelmarin, kira-kira 2,000 orang telah hadir di tapak pelancaran, perkarangan Masjid Terapung bagi menurunkan tandatangan masing-masing.

Sokongan datang dari segenap lapisan masyarakat dan pelbagai latarbelakang.

Beribu-ribu pelekat "Daulat Tuanku" dan riben kuning untuk dilekatkan dan diikat pada kenderaan turut diedarkan kepada orang ramai. selanjut ke sumber: buletinonline

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive