KUALA LUMPUR - Bilangan warga Bangladesh yang 'bersidai' di tebing Sungai Klang dekat stesen LRT Damai di sini nampaknya kian bertambah.
Jika kelmarin angkanya dianggarkan sekitar 150 orang, semalam bilangannya meningkat kira-kira sekali ganda.
Mereka berkumpul dan bermalam di situ kerana tidak tahan dengan keadaan penempatan sementara di Kajang yang dikatakan terlalu sesak.
SEORANG warga Bangladesh mandi air longkang di bawah stesen LRT Damai sementara rakan-rakannya menunggu giliran masing-masing.
Menurut seorang daripada warga Bangladesh tersebut, Mohammed Muklas, 20, dia bersama lima rakannya menumpang lori untuk kembali semula ke kawasan tepi sungai itu.
Dalam pada itu, tinjauan Kosmo! semalam turut mendapati, ramai mula menghidapi demam, cirit-birit dan penyakit gatal-gatal kerana mandi dengan menggunakan air longkang.
Seorang lagi rakannya, Saipon Shukur, 30, berkata, mereka tiada pilihan selain menggunakan air longkang itu.
"Nak beli ubat juga tidak ada duit," katanya dengan menambah, walaupun ada yang simpati dengan menghantar makanan, ia bukan selalu, malah ada yang sudah beberapa hari tidak menjamah nasi.
0 comments:
Post a Comment