KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 28, 2008

Kami nak tunjuk cara simpan rekod pendatang - MB Selangor

Levi: Selangor punya kuasa mentadbir, kata Khalid
mstar

KUALA LANGAT: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan Selangor mempunyai "kuasa pentadbiran" untuk mengenakan levi sebanyak RM10 sebulan terhadap majikan untuk setiap pekerja asing yang mereka ambil bekerja.

Mengulas kenyataan Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S.Subramaniam semalam bahawa kerajaan Selangor tidak mempunyai kuasa untuk mengenakan levi itu, beliau berkata bayaran pembiayaan untuk membawa masuk pekerja asing yang diuruskan oleh agensi-agensi pekerja asing adalah tinggi iaitu antara RM3,000 dan RM4,000 dan, bagi kerajaan Selangor, bayaran itu tidak munasabah.

Abdul Khalid berkata kerajaan Selangor merasa "bahana" daripada peningkatan kedatangan pekerja asing yang memberi kesan terhadap kemudahan seperti kesihatan, pendidikan dan jalan raya.

"Kami ingin menunjukkan kepada kerajaan pusat cara menyimpan rekod pendatang haram dengan adanya pembayaran (levi kerajaan negeri).

"Saya akan sediakan sistem maklumat pusat untuk menyimpan rekod mereka yang datang dan kerja di Selangor," katanya. more...

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive