Radenjowo
Aku jawa dan aku tidak malu berbangsa Jawa. Tapi jawa aku bukan jawa khir toyo. Jawa yang kerjanya tiada lain kecuali mencari kekayaan dan membiarkan si miskin terus papa. Aku malu kalau aku melayu. Aku malu kerana jawa yang aku banggakan menghias rupa menjadi lebih licin dan lebih putih walaupun hanya menjadi seorang menteri besar. Tapi nak apa yang harus aku lakukan kerana bukan semua jawa seperti aku dan bukan semua melayu adalah melayu.
Aku tergerak untuk menyelamatkan maruah Melayu walaupun aku sendiri bukan Melayu. Aku sayang Melayu kerana aku lahir ditanah melayu yang sekarang ini sudah nazak menanti penggadaian oleh pemimpin berbangsa Melayu. Kalian kata pemimpin kalian tidur, tetapi kalian lebih tidur dari tidurnya.
Sultan? Ini semua bukan sultan aku. ini semua sultan kalian. Mahu tahu siapa sultan aku? Sedikit tentang sejarah mereka....."Fatimah adalah kemanakan Sultan Muhammad Saleh (1014 - 1040 M) raja Pasai yang kedua (menantu Sultan Malik Ibrahim Makdum). Suami Fa-timah, Abu Hasan, adalah saudagar besar yang tinggal di Jawa Timur."
Cukup sampai disitu dan sekarang persoalannya siapa Sultan kalian? AKu masih mengikut nasihat orang tua. Dimana bumi dipijak, disitu langit dijunjung. Makanya, kalau kalian tanya dimana sultanku, maka aku ingin beritahu bahawa sultan kalian adalah sultan aku juga.
Sekarang sultan yang kita sama sama tunduk dan puji itu telah dipermainkan kedaulatannya oleh parti dokongan bangsa Melayu, UMNO dan UMNO sekarang sedang mengulangi sejarah memperkecilkan kuasa Sultan seperti yang dilakukan oleh Mahathir dulu. Siapa Mahathir? Beliau adalah pemimpin tersohor yang memberikan kebanggaan kepada kalian sehingga kalian lupa bahawa beliau yang telah menjatuhkan kuasa Sultan dan Raja. Semua melayu ketika itu melonjak kegirangan dan sekarang Sultan sudah hilang kuasa apabila akta dan perlembagaan di gubal untuk kepentingan mereka.
Kalian masih ingat akan satu ketika perhimpunan mega dilangsungkan di Kuala LUmpur untuk minta bantuan Agong kalian bagi merubah sistem SPR? Ya... perhimpunan BERSIH. Kepada siapakah kalian pergi dan kepada siapakah kalian merafak sembah? Bukankah Raja kalian yang merangkap Sultan Terengganu? Bukan kah kini beliau di dalam keadaan serba salah dan bimbang kerana kalian tidak membantu baginda?
Kenapa dibiarkan Baginda sendiri? Kenapa dibiarkan berseorangan sedangkan kalian sebelum ini memohon bantuan dari baginda untuk membantu kalian. Sekurang kurangnya surat kalian diterima oleh wakil baginda. Kan lebih baik ditolak sahaja apa yang kalian utuskan kerana kalian tidak membantu sedikitpun baginda tika beliau di dalam kesusahan.
Kini masa nya untuk kita bangun. UMNO sudah melampau batas susila bangsa kita. Kalian masih tidur rupanya.....Kalian tahu apa akan aku lakukan sekiranya aku dikenali ramai dan mempunyai kuasa seperti pemimpin kalian?
- Akan kukumpul berjuta rakyat seluruh Malaysia untuk tegakkan kuasa Kesultanan disetiap pekan dan kota
- Akan ku panggil semua NGO NGO yang tidak sepakat dengan UMNO dan BN
- Akan ku panggil semua pelajar universiti yang ada di Malaysia
- Akan ku panggil semua kakitangan kerajaan berbangsa melayu
- Akan ku panggil semua persatuan Islam di negara kita
- Akan ku panggil semua bangsa India dan China untuk bantu bersama.
- AKan ku kumpulkan mereka seperti kalian berkumpul pada bulan Nov lalu.
Bangsa India dan Cina? Ya ..... bangsa cina dan india akan membantu kita kembali kan kuasa di Raja. Tentunya kalian runsing dan ragu ragu, tapi mari kujelaskan bahawa Cina dan India akan bersatu selagi kita menentang UMNO dan BN. Bukti sudah jelas, segalanya sudah nyata. Peratus undian mereka lah yang membantu Barisan Rakyat menang tempoh hari.
Bila semua sudah bangun, maka Raja akan teguh semula. Baginda baginda akan Percaya bahawa Rakyat bersama mereka dan ketika itu kalian lihat betapa berkuasanya Sultan dan Raja kalian menghapuskan terus UMNO dari negara ini.
Tapi sayang......kalian masih tidur. Kalian masih malas kerana semua nya beharap agar tuhan merubah segala dan kalian tidak cuba untuk berdikari. Masing masing pentingkan diri masing masing. Maka .... kalau masih tidak berubah, biarkan sahaja Sultan dan Raja kalian di ratah hidup hidup oleh pengkhianat bangsa.
Sudah jelas lagi terbukti tapi kalian masih mematikan diri. Akhirnya aku akan menyesal duduk di bumi bertuah ini kerana kalian tidak sanggup berjuang kepentingan kalian. Kalau bangsa Cina dan India ingin membantu, kenapa kalian masih terus berdengkuran? Kalau Sultan Melaka mash hidup, pasti baginda benar benar kecewa?
Tapi percaya lah....sekiranya aku Melayu. Aku takkan biarkan Sultan dan Rajaku dipermainkan oleh bangsa sendiri sehingga baginda baginda Sultan tidak mampu bangun berdiri. Makanya selepas ini, kalian jangan harap apa apa dari Sultan kamu. Jangan berkumpul dan jangan utus sebarang surat kerana kalian sendiri mahu Sultan terkubur gara gara sikap pemalas kalian.
Lantas kalau Kesultanan Melayu hancur kelak, kalian jangan panggil aku melayu kerana ia bisa buatku malu.
4 comments:
Lawan tetap lawan...Daulat Tuanku 3X...Tiba masanya penderhaka disula...
YAM Sultan should call for Trengganu State Re Election to resolve the problem. Not surprise that all ADUN seats would be BA/BR ADUN. Berkuburlah BN-UMNO selamanya di negeri Trengganu.
2. Withdrawn all State Awards to those Trengganu BN ADUN and associated characters.
3. Teach them properly
Daulat Tuanku 3X
Aku malu jadi orang melayu.orang gedebe mat sabu,hj.hadi,anwar dan lain-lain mana kau??kes parti bukan main jaguh lagi.kes hina sultan senyap je.kau orang nie beraja pada parti aje ke.kes negeri tak payah susah...sama dengan orang umno gak nie...sokonglah raja melayu,DAULAT TUANKU
memang melayu mesti pertahankan..bangkitlah melayu2 ku
Post a Comment