amdang81
Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...
"Amdang, apa sebenarnya isu Mat Said?" Tanya beberapa teman terdekat melalui YM setelah terbaca satu posting aku yang penuh tanda tanya sebelum ini.
Aku tidak sangka catatan kosong aku itu begitu menarik perhatian ramai pihak. Mungkin kerana berita bakal MB Terengganu ini begitu ditunggu-tunggu kerana telah masuk minggu kedua Terengganu tiada MB. Aku sebenarnya sedang menyiapkan suatu kertas kerja bagi dibentangkan esok dalam mesyuarat di pejabat. Jadi bagi 'menghormati' berita terkini pelantikan MB Terengganu, maka aku selitkan coretan ringkas itu.
Lupakan seketika skandal seks Mat Said. Aku akan dedahkannya akan datang. Apa kata jika untuk beberapa jam lagi kita sama-sama menyokong pihak istana khususnya dalam perlantikan MB Terengganu yang baru. Selepas Mat Said disahkan menjadi MB, barulah kita berbicara bagaimana pula menentang MB baru UMNO Terengganu itu. (teruk ke gini? Heheheh)
Ini tidak bermakna kita menyokong Mat Said sebagai MB, namun sokongan yang diberikan di sini adalah kepada keputusan pihak Istana Terengganu memilih MB. Menghalang keputusan pihak Istana boleh diumpamakan bermusuhan dengan istana. Tetapi menurunkan MB yang rosak (walaupun baru dilantik) adalah hak rakyat dalam memilih pemimpin. Di sinilah kita perlu berperanan dalam melaksanakan 'check and balance'.
Dari segi politiknya, pelantikan MB selain Deris akan mengakibatkan UMNO Terengganu bermasalah besar. Ini kerana kebanyakan yang menjadi calon PRU 12 lalu adalah calon pilihan dan penyokong Deris. Mat Said sendiri dikatakan pada mulanya terkeluarkan namanya dari senarai calon, namun dia telah 'menekan' Deris. Akhirnya Mat Said benar-benar telah menekan Deris.
Setelah menjadi MB buat beberapa ketika, Mat Said bolehlah berlagak dengan jawatannya itu. Kemungkinan dia dibuang dari UMNO ada, namun ianya tidak akan menghilangkan jawatannya sebagai MB sehinggalah Sidang DUN membuat undi tidak percaya kepada Mat Said.
UMNO Terengganu tidak bermasalah untuk membuat undi tidak percaya kerana 22 + 1 dari MCA sudah terlebih cukup bagi menghilangkan kuasa MB pada Mat Said. Namun, alang-alang sudah sampai ke tahap ini aku kira Mat Said perlu terus melangkah ke hadapan dan menerima pelantikan sebagai MB tersebut.
Tidak semua orang berpeluang menjadi MB. Lebih-lebih lagi MB negeri kedua terkaya di Malaysia! Bila halangan sudah tiada, maka yang tinggal hanyalah peluang. Jadi manfaatkanlah peluang yang ada walaupun tempoh yang akan dilalui tidak panjang. Mana tahu Terengganu mencatat sejarah baru sebagai MB paling singkat pula!
Aku juga merasakan tidak lagi menjadi satu kesalahan (sekiranya sebelum ini salah) memasang banner-banner menyokong sepenuhnya MB pilihan istana ini. Biar Mat Said tidak terasa kerdil dan keseorangan dalam hal ini. Biar Mat Said tahu pihak istana begitu disokong rakyat. Walaupun dia tidak tahu dia juga tidak akan dibiarkan lama di kerusi MB itu.
amdang: Pecah dan perintah!
Mar 23, 2008
Jom Pakat Sokong Istana!
Labels: ALAHAI IDRIS ...., Mohd Said, UMNO vs UMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment