KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 23, 2008

MAT SAID MENJADI MB, WARTAWAN TAK DIBENARKAN MASUK


Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Kijal, Datuk Ahmad Said menerima watikah perisytiharan pelantikan sebagai Menteri Besar Terengganu daripada Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman (kanan) di Istana Tetamu, Kuala Terengganu. Foto: Arjasneh Ahmad

Ahmad Said Terima Watikah Pelantikan Sebagai MB Terengganu Daripada MPPR


KUALA TERENGGANU, 23 Mac (Bernama) -- Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Kijal, Datuk Ahmad Said hari ini menerima watikah perisytiharan pelantikan sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru daripada Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) dalam satu upacara tertutup di Istana Tetamu di sini, pagi ini.

Ahmad, 51, menerima watikah pelantikan itu daripada Yang Dipertua majlis itu, Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman dengan disaksikan dua lagi anggota MPPR iaitu Tengku Sri Laksamana Raja Tengku Sulaiman Sultan Ismail dan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman.

Pengelola Istana Sultan Terengganu Mohd Yasim Awang memberitahu Bernama majlis angkat sumpah jawatan menteri besar itu bagaimanapun masih belum ditetapkan lagi.

Majlis hari ini dihadiri oleh enam Anggota Dewan Pangkuan Diraja, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mokhtar Nong, Penasihat Undang-Undang Negeri Mohamad Sekeri Mamat dan Ketua Polis Negeri Datuk Ayub Yaakob.

Majlis, yang dikawal ketat oleh anggota polis di luar istana itu, bermula pada pukul 8.20 pagi dan selesai kira-kira lapan minit kemudian.

Ahmad, yang juga Ketua Umno Bahagian Kemaman, dilihat memasuki Istana Tetamu pada pukul 7.25 pagi dengan diiringi oleh Ayub dan meninggalkan istana kira-kira 8.45 pagi dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda.

Kesemua anggota media, kecuali jurugambar dan jurukamera Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), tidak dibenarkan memasuki istana untuk membuat liputan majlis berkenaan.

Para wartawan yang cuba untuk mendapatkan maklum balas Ahmad selepas majlis itu gagal menghubunginya.

Terdahulu, 22 ADUN BN, yang diketuai oleh Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri, Datuk Rosol Wahid, yang membantah pelantikan Ahmad sebagai Menteri Besar Terengganu baru bagi menggantikan Datuk Seri Idris Jusoh, tiba di Istana Tetamu pada kira-kira 7.50 pagi bagi menyerahkan surat bantahan terhadap pelantikan berkenaan.

Rosol, yang tidak dibenarkan memasuki istana itu, kemudian menyerahkan surat tersebut kepada Setiausaha Penasihat Pemangku Raja Terengganu, Shafie Ali.

Ketika ditemui pemberita, Rosol berkata surat itu antara lain, menyatakan bahawa kesemua 22 wakil rakyat BN menyokong penuh supaya Idris dilantik semula sebagai Menteri Besar dan menolak pelantikan Ahmad untuk memegang jawatan utama itu.

"Kita sepakat untuk menyokong Datuk Seri Idris. Tiada lagi pemimpin yang layak untuk memegang jawatan Menteri Besar selain daripada beliau (Idris)," kata Rosol.

Pelantikan Ahmad itu, katanya tidak sah dan berharap pihak yang terlibat memandang serius perkara itu kerana ia melibatkan kepentingan rakyat negeri ini.

Rosol berkata jika Ahmad meneruskan hasratnya mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar, wakil rakyat Kijal itu telah melanggar peraturan parti dan boleh dikenakan tindakan termasuk dilucutkan keanggotaannya.

"Sebab itu, kami hantar surat bantahan itu kerana Setiausaha Agung Umno dan BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah memaklumkan perkara itu kepada saya malam tadi (bahawa tindakan Ahmad itu melanggar Perlembagaan Umno)," katanya.

Rosol berkata surat bantahan ini telah dihantar kepada Ahmad dan salinannya kepada Yang Dipertua MPPR.

Sejak BN Terengganu menang pada pilihan raya umum 8 Mac lepas, dengan memenangi 24 daripada 32 kerusi DUN dan tujuh daripada lapan kerusi Parlimen, kerajaan negeri telah berfungsi tanpa menteri besar.

Semalam, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Ahmad boleh dikenakan tindakan tatatertib oleh parti itu jika menerima jawatan menteri besar kerana mengingkari arahan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mahu Idris dikekalkan sebagai menteri besar.

Idris juga menerima surat tauliah daripada Abdullah sebagai Menteri Besar Terengganu.

Dalam pada itu, beberapa penyokong Idris dilihat berhimpun di kediaman rasmi Menteri Besar di Seri Iman di sini, bagi memberikan sokongan kepada wakil rakyat Jertih itu supaya dilantik semula sebagai menteri besar untuk penggal kedua.

Ahmad, yang merupakan bekas Ketua Pemuda Umno Terengganu, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Politik dari Universiti Sains Malaysia (USM), mula menyandang kerusi DUN Kijal pada pilihan raya umum 1990, tetapi gagal mempertahankan kerusi itu pada pilihan raya umum 1999 setelah tewas di tangan calon PAS, Mehamed Sulong dengan majoriti 264 undi.

Pada pilihan raya umum 2004, Ahmad merampas semula kerusi DUN Kijal apabila menewaskan Mehamed dengan majoriti 3,496 undi.

Ahmad, yang sebelum ini pernah bertugas sebagai Penolong Pegawai Daerah di Kemaman dan Setiu, Terengganu dilantik sebagai exco kerajaan negeri pada Mac 2004 dan memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri.

2 comments:

Anonymous said...

We are frustrated and meluat on Trengganu ADUN behaviours.

Rasol and the rest of Trengganu ADUN including Idris have unfinished agenda require to be completed during this term. Main reason that they insisted YAM The Sultan to agree with them appointing Idris again. Looking back on Trengganu development for the people, where are the RM 1.2 billion that already spent in the state? Do Trengganu people really benefit them?

2. Idris and team "mengingkari" Sultan Trengganu, biadab dan tidak mengikut lunas2 Rukun Negara. Are they the leaders that the people can rely on! YAM Sultan should ask them why their states titles are still intact with them? YAM Sultan should consider to strike off all their states Titles with immediate effect. Can they still stay in Trengganu?

Anonymous said...

Melayu makin pupus kerana saling bermusuhan mahupun dengan pihak Istana. Orang bukan Melayu bertepuk tangan atas situasi ini. insaflah...jadikan agama sebagau keutamaan satu !!! ISLAM.

Posting terkini

Blog Archive