KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 23, 2008

UMNO MEMANG BIADAP dan KURANG AJAR

Ahmad Said boleh dikenakan tindakan disiplin
Oleh:NORLIZA ABD. RAHMAN
Beritloya

PUTRAJAYA 22 Mac - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Ahmad Said yang dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru boleh dikenakan tindakan tatatertib oleh parti UMNO jika menerima jawatan tersebut.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, ini kerana pelantikan Ahmad yang dipilih oleh istana itu jelas mengingkari arahan Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mahukan Datuk Seri Idris Jusoh sebagai Menteri Besar.

Katanya, berbeza dengan prosedur pelantikan Menteri Besar Perlis, pelantikan Ahmad tidak mendapat sokongan daripada 23 ADUN Terengganu yang sebulat suara memberikan sokongan kepada Idris.

''Pelantikan Menteri Besar Perlis Datuk Dr. Mohd. Isa Sabu mendapat sokongan daripada sembilan ADUN berbanding beberapa ahli yang memberi sokongan kepada Shahidan.

''Jadi, jika Ahmad masih tetap dengan pendirian menerima jawatan ini, tindakan tatatertib parti akan dikenakan terhadapnya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tengku Adnan memberikan reaksi demikian ketika diminta mengulas pengumuman pejabat Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu mengenai pelantikan Ahmad.

Tegas beliau, sebagai ahli parti, ADUN Kijal itu perlu tahu apakah akibat yang bakal diterima olehnya jika melanggar keputusan presiden.

''Sebagai ahli UMNO dan BN, kita kena akur pada keputusan presiden parti, kita kena sayang parti, negara dan bangsa melebihi kepentingan peribadi tanpa mengira etnik kita," katanya.


Ditanya mengenai tindakan kesemua 23 ADUN yang akan memulaukan Majlis Angkat Sumpah Menteri Besar esok sebagai tanda protes, beliau berkata, Ahmad akan bersendirian kerana tidak disokong oleh sesiapa.

Mengulas lanjut, beliau berkata, ''Dia (Ahmad) sepatutnya ikut arahan yang diberikan oleh presiden kerana surat tauliah sudah diberikan kepada Idris untuk angkat sumpah, jadi apa yang orang lain nak cuba lobi."

Ditanya mengenai terdapat campur tangan istana dalam kemelut pelantikan Menteri Besar Terengganu, beliau memberitahu: ''Saya tidak mahu bergaduh dengan sesiapa."

Tengku Adnan menjelaskan, walaupun istana berhak melantik Menteri Besar, tetapi presiden parti yang menang majoriti boleh menamakan Menteri Besar untuk sesebuah negeri.

No2umnO - Kalau UMNO tidak dikuburkan, rosak semua rakyat dan ahli politik. Sudah sampai masanya untuk Raja Raja Melayu dan semua rakyat bersatu hapuskan kebongkakan dan keegoan UMNO dari muka bumi.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive