KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 23, 2008

TKM Pulau Pinang akui hadapi masalah dengan YDP Maipp

Mohd Sabri Said
harakahdaily

BAYAN BARU, 23 Mac (Hrkh) - Timbalan Ketua Menteri (TKM) Pulau Pinang, Mohd Fairuz Khairudin mengakui, perancangan dakwah di negeri ini terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu kerana keenganan Yang diPertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp), Shabudin Yahya melepaskan jawatan yang disandangnya.

Tetapi, beliau optimis semua perancangan telah disusun dengan teliti untuk beliau (Ust Shabudin) lepaskan jawatan dengan cara berhemah.

"Setakat sekarang ini beliau masih YDP Maipp. Timbul masalah tentang perancangan untuk menyusun program terhadap intitusi masjid atau rancangan dakwah atau mengendalikan urusan zakat," katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditanya selepas memberikan ucapan dalam majlis Himpunan Rakyat di Masjid Jamek Omar Al-Khattab, Bayan Baru baru-baru ini.

Oleh itu, beliau berharap rakyat Islam teruskan munajat dan berdoa agar masalah yang membelenggu Kerajaan Negeri dapat diatasi.

Tujuan utama berbuat demikian ialah untuk melincinkan pentadbiran agar dapat dimanfaat oleh semua pihak.

"Kita tidak akan bertindak kasar untuk memastikan YDP Maipp berundur sebaliknya sebagai seorang yang profesional beliau patut lepaskan jawatan kerana kerajaan kini sudah berubah tangan.

Memandangkan jawatan tersebut berkaitan dengan Yang DiPertuan Agong maka rancangan mendesaknya terpaksa dikurangkan bimbang dikatakan menderhaka pula," ujarnya.

Berhubung perlantikan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) seluruh Pulau Pinang beliau mengatakan, ia dalam proses pelantikan dan tidak semua lantikan baru dibuat sebaliknya berdasarkan khidmat JKKK sebelum ini.

"Jika ada JKKK yang baik, telus dan adil pada semua masyarakat tanpa mengira latar belakang politik kita akan kekalkan tetapi jika JKKK mengkhianati amanah yang diberikan awal-awal lagi kita gantikan yang baru," kata beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti./wann

1 comments:

Anonymous said...

jom lah ahli umno,kita bersatu atas nama islam,tsunami 2001 melanda 5buah negara sebagai peringatan utk umat islam kembali mengikut kehendak pencipta.tsunami politik 2008 merupakan amaran berterusan dari NYA,Pandang dan kajilah segala yg berlaku sebagai satu lagi bala,peringatan dan amaran oleh ALLAH.Cukuplah perpecahan ini..pas,umno,pkr dan atas pagar,bersatulah atas nama islam yg syumul.Jgn melepaskan diri masing2,kerana bimbang apa yg jadi di selatan Thailand akan menular ke negara kita.cukuplah ahli2 umno berhentilah,kerana pemimpin2 kamu yg merasakan mereka islam tetapi memfitnah islam itu sendiri dgn menakut2kan non muslim dgn hukum2 islam..hari ini aku baru tau PERLIS NEGERI SUNNAH,ada kilang arak dekat kilang simen (kalau tak silap di cuping),apa yg aku catit sebahagian kuliah Datuk Dr Harun Din),Jazakallah.

Posting terkini

Blog Archive