KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 23, 2008

UMNO MEMANG SAMSENG


ROSOL (duduk tengah) menunjukkan surat persetujuan 22 ADUN BN yang menentang pelantikan Ahmad sebagai Menteri Besar baru Terengganu pada sidang akhbar di Kuala Terengganu semalam. Gambar kecil, Ahmad Said.

Istana pilih Ahmad Said
Kosmo
KUALA TERENGGANU - Bukan Datuk Seri Idris Jusoh, sebaliknya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Ahmad Said bakal dilantik sebagai Menteri Besar (MB) Terengganu yang baru.

Perkembangan terbaru ini sekali gus bakal mengheret Terengganu ke dalam kancah kemelut politik dalaman.

Pengumuman tersebut disahkan melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Sultan Terengganu petang semalam.

Menurut kenyataan tersebut, upacara angkat sumpah akan berlangsung hari ini mengikut peruntukan Fasal 14 Perenggan (2) (a) Undang-undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu (bab 2).

Keputusan tersebut dibuat oleh Majlis Penasihat Pemangku Raja dalam melaksanakan fungsi bagi pihak Pemangku Raja telah memilih untuk melantik Ahmad, 51, sebagai MB bagi mengetuai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu.

Namun kenyataan tersebut tidak menyebut masa dan tempat bakal berlangsungnya majlis itu.

Serentak itu, kesemua 22 ADUN (tidak termasuk Ahmad dan Datuk Seri Idris Jusoh) yang menang pada pilihan raya umum baru-baru ini akan memboikot majlis angkat sumpah MB baru itu sekiranya calon tersebut bukan Idris.

Kata sepakat tersebut dicapai selepas kesemua ADUN terbabit mengadakan satu mesyuarat khas di sini petang semalam.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Rosol Wahid yang mewakili mereka berkata, kesemua ADUN berkenaan enggan menerima calon lain dan menegaskan mahu memboikot majlis tersebut.

"Ini adalah keputusan bersama dan kita dipilih melalui suara rakyat," katanya.

Jelasnya, jika majlis tersebut berlangsung, calon MB baru berkemungkinan akan dikenakan tindakan disiplin oleh parti dan akan berlaku undi tidak percaya.

"Kami semua tidak akan hadir ke majlis tersebut sebaliknya kami akan menghantar surat sokongan kepada pihak istana mengenai pemilihan Idris pada pukul 7.30 pagi esok (hari ini)," katanya.

Isu pelantikan MB Terengganu telah berlarutan selama 14 hari selepas pilihan raya umum 8 Mac lepas.

Idris dikatakan telahpun menerima watikah daripada Perdana Menteri untuk dilantik semula sebagai MB Terengganu.

Bagaimanapun, majlis angkat sumpah masih tidak dapat dilakukan kerana dikatakan tidak mendapat perkenan istana.

Tiga nama disebut-sebut pengganti Idris selain Ahmad ialah ADUN Cukai, Datuk Mohamed Awang Tera dan Rosol sendiri.

Idris merupakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu dan wakil rakyat Jertih yang menjadi Menteri Besar Terengganu selama satu penggal sejak 2004.

1 comments:

Anonymous said...

Alaaa...Rosol nk jadi MB lerr tuh

Posting terkini

Blog Archive